Category Archives: Tempat Menarik

Lagi Best BBQ & Steamboat di Taman Gaya

Restoran Lagi Best Steamboat

Restoran Lagi Best Steamboat

Malam tadi tergerak hati untuk membawa xyl dan harmonics saya keluar makan malam di luar.Dalam pada tanpa perancangan untuk pergi ke sebarang desinasi untuk menjamu selera tu, tiba-tiba terlintas untuk mencuba makanan seperti steamboat.Jika di kawasan berhampiran taman tempat tinggal saya ni, terdapat beberapa restoran yang menyediakan makanan seumpama itu.Salah satu tempat yang paling popular adalah Restoran Rawa di Taman Gaya,Ulu Tiram.Kumpulan lawak tersohor iaitu ‘Sepah’ juga pernah berkunjung untuk menikmati hidangan steamboat dan BBQ di restoran ini.

Continue reading

(4520)

Santai di Hutan Lipur Chemerong

Papan tanda di hadapan pintu masuk ke Taman Rekreasi Hutan Lipur Chemerong

Pada cuti  sempena Hari Raya Puasa yang lepas, saya berkesempatan pergi bersantai ke Hutan Lipur Chemerong yang terletak tak berapa jauh dari rumah mak dan ayah saya di Bandar Ketengah Jaya,Dungun. Ini adalah pertama kali saya sampai di sini setelah sekian lama mendengar cerita dari kawan-kawan yang telah pergi ke sini tentang keindahan panoramanya terutama sekali air terjunnya. Continue reading

(1233)

Jalan-jalan ke Teluk Sengat

 HOT!Buat Duit di Blog

Hari ini 1hb Mei 2011,cuti sempena Hari Pekerja.Kebetulan jatuh pada hari Ahad.Jadi, esok hari Isnin juga cuti.Ya beda bedu!

Saya dan keluarga telah pergi ke Teluk Sengat iaitu salah satu tempat menarik yang terletak di dalam daerah Kota Tinggi,Johor.Bertolak dari rumah saya di Ulu Tiram pada pukul 2.00 petang. Perjalanan kami tersekat-sekat dek traffic jam bermula dari PULADA lagi sehinggalah ke bandar Kota Tinggi.Apabila keluar sahaja dari Bandar Kota Tinggi,perjalanan mula lancar sehinggalah sampai ke Teluk Sengat. Continue reading

(7442)