Rahsia Kelahiran Anak Kembar

Puteri Kembarku1 Rahsia Kelahiran Anak Kembar

Puteri Kembarku ketika berusia 2 tahun 2 bulan

Anak. Semua pasangan yang berkahwin sudah pastinya ingin memiliki zuriat dari keturunan sendiri. Anak adalah anugerah dari Allah S.W.T yang wajib kita pelihara,didik,jaga,bimbing dan sewaktu denganya. Namun begitu ada juga pasangan yang berkahwin tidak dikurniakan anak oleh Allah S.W.T. Ini adalah yang kita katakan rezeki dari Allah S.W.T. Kita mampu merancang dan berusaha, tetapi ketetapan dan ketentuan adalah dari Allah S.W.T.

Berbalik kepada tajuk entri post kali ini, aku sebenarnya dah lama teringin untuk berkongsi pengalaman dianugerahkan oleh Allah S.W.T cahaya mata kembar iaitu kedua-duanya perempuan. Bukan untuk menunjuk-nunjuk malah jauh sekali untuk merasa bangga, riak serta takabur. Semoga Allah S.W.T jauhkan sifat-sifat demikian di dalam diri aku ini.

Rahsia.Tip.Petua.Ramai orang bertanyakan pada aku bagaimana untuk mendapat anak kembar? Aku sebenarnya tiada jawapan untuk soalan itu. Betul…kerana rezeki Allah S.W.T. Aku terima dengan rasa penuh kesyukuran. Aku dan isteri menjalani kehidupan berumahtangga seperti biasa. Tiada mengamalkan apa-apa petua. Malah kami langsung tak terfikir akan dikurniakan puteri kembar kerana sebelah keluarga aku tiada adik-beradik kembar dan sebelah keluarga isteri aku juga tiada adik-beradik kembar walaupun adik-beradiknya ramai iaitu 12 orang.

Puteri Kembarku2 Rahsia Kelahiran Anak Kembar

Ketika berusia 2 tahun 7 bulan

Kelahiran anak kembar kami ini hanya diketahui selepas isteriku selamat bersalin. Semasa isteriku mengandung (anak ke-2 kami), sepanjang pemeriksaan dengan doktor ataupun nurse di klinik, tiada pengesanan yang boleh memberitahu bahawa anak dalam kandungan adalah anak kembar. Isteriku pernah membuat pemeriksaan x-ray sebanyak 2 kali di klinik, namun imej yang dipaparkan langsung tidak menunjukkan yang kandungan itu mempunyai 2 janin.

Aku sebenarnya akan berkongsi pengalaman isteriku semasa mengandungkan anak kembar kami di dalam post yang lain. Jadi tunggulah ye akan post itu. Jika aku rajinlah (hahaha).

Puteri Kembarku3 Rahsia Kelahiran Anak Kembar

Gambar ni ketika berumur 3 tahun 2 bulan

Jadi kepada anda yang mempunyai tip atau petua bagaimana untuk mendapat anak kembar silalah kongsi di bahagian komen ye. Jika anda juga mempunyai anak kembar ataupun adik-beradik kembar mahupun anda sendiri adalah anak kembar,sudi-sudikanlah untuk berkongsikan cerita ataupun pengalaman di MY dotcom yer.

Terima kasih.Wassalam. (1307)

6 thoughts on “Rahsia Kelahiran Anak Kembar

    1. muhamad yusri Post author

      Macam-macam pengalaman boh…start dari hari pertama lahir dah ada pengalaman yang luar biasa…hehehe…alhamdulillah…nok cerito pong raso po dok abih sini nih…

      Reply
    1. muhamad yusri Post author

      Terima kasih.Alhamdulillah….syukur di atas kurniaan ini.
      Betul tu.Memang banyak sekali kenangan manis-pahit sejak dari mereka lahir hinggalah sekarang.Cuma tak berkesempatan untuk berkongsi setiap detik itu di sudut blog ini…hehehe

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

WP-SpamFree by Pole Position Marketing