Matang Logistics Johor Bahru

Signboard Matang Logistics JB Matang Logistics Johor Bahru

Jika anda berkecimpung dalam business on line yang melibatkan barangan fizikal,perkhidmatan courier atau forwarder merupakan medium terpenting untuk urusan penghantaran ke destinasi tertentu.Tidak kiralah apa jua barangan atau dokumen yang dihantar,kecepatan dan keberkesanan serta jaminan kepuasan pelanggan merupakan faktor terpenting di dalam memilih courier atau forwarder.

Syarikat forwarder pilihan saya buat masa kini adalah Matang Logistics.Saya biasa menggunakan perkhidmatan syarikat ini untuk menghantar barang-barang yang dipesan oleh pelanggan saya.Faktor utama adalah kerana servis yang sungguh bagus dan caj yang dikenakan juga berpatutan.Saya boleh katakan bahawa caj paling murah di antara kebanyakan syarikat-syarikat courier atau forwarder yang pernah saya berurusan.

Lorry Matang Logistics Matang Logistics Johor Bahru

Setakat ini setiap penghantaran parsel atau barangan selamat sampai ke tangan pelanggan saya tepat pada masanya.Tidak pernah ada kegagalan atau masalah,cuma kekadang ada jua yang terlewat disebabkan oleh masalah teknikal dan kedudukan lokasi yang agak jauh dari bandar.

Di bawah ini adalah nama dan alamat syarikat Matang Logistics yang saya maksudkan itu:

MATANG EXPRESS SERVICES SDN. BHD.,

No.6,Jalan Rosmerah 2/16,

Taman Johor Jaya,

81100 Johor Bahru,

Johor Darul Takzim.

Tel:07-355 5159

Fax:07-355 1159

Sesuatu yang perlu diimprove oleh syarikat ini adalah shipment tracking number system kerana buat masa kini belum ada lagi sistem itu bagi memudahkan pelanggan memeriksa status penghantaran secara on line. (434)

One thought on “Matang Logistics Johor Bahru

  1. Pingback: 5 Sebab Kenapa Pilih City-Link Express | MUHAMADYUSRI DOT COM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>