5 Sebab Kenapa Pilih City-Link Express

Aku dah berkecimpung dalam bisnes online sejak dari tahun 2008. Kebanyakan produk yang aku jual adalah produk fizikal. Memang seronok dan amat menguntungkan jual produk secara online ni. Lagipun ianya sangat mudah dan tidak memenatkan.

Perkhidmatan penghantaran adalah medium terpenting untuk memastikan barang yang dipesan oleh pelanggang sampai dengan selamat dan tepat pada waktunya. Jika self-collection ataupun COD (cash on delivery) tidak menjadi masalah kerana aku boleh deal dengan pelanggan untuk jumpa dekat mana-mana tempat yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Bagi penghantaran produk ke luar Johor Bahru, aku mempunyai 2 pilihan perkhidmatan penghantaran:

  • Pos Malaysia – Pos Laju
  • Private CourierSure Reach, Sky Net, Nationwide, Matang Express dan City-Link Express.

Perkhidmatan Pos Laju kebiasaannya untuk aku hantar barang-barang yang berukuran tidak melebihi 1 meter untuk ke destinasi di dalam Semenanjung dan Malaysia Timur (Borneo).

Manakala perkhidmatan private courier aku pilih untuk penghantaran barang-barang yang panjangnya melebihi 1 meter atau pun bersaiz besar. Tetapi hanya untuk ke destinasi di dalam Semenanjung sahaja. Jika ke Borneo, aku tetap pilih Pos Laju kerana kadar caj yang dikenakan lebih murah berbanding private courier.

Jika dulu aku gemar menggunakan perkhidmatan Matang Express Services kerana caj penghantaran yang dikenakan adalah paling murah di antara private courier yang ada serta cepat dan efektif. Tapi selepas Matang Express Services menaikkan kadar cas penghantaran untuk parsel pada pertengahan tahun 2013, aku telah bertukar kepada City-Link Express.

citylink express

City-Link Express Johor

5 Sebab Kenapa Pilih City-Link Express:

  1. Kadar cas penghantaran untuk parsel adalah berpatutan dan antara yang termurah setakat ini.
  2. Servis untuk pelanggan juga sangat baik samada sebelum,semasa dan juga selepas penghantaran.
  3. Mempunyai laman web yang mesra pengguna dan sentiasa dikemaskini.
  4. Mempunyai sistem jejak penghantaran atau city-link express tracking online yang memudahkan untuk kita memeriksa status barang yang sudah dihantar.
  5. Rekod syarikat yang baik dan mendapat respon yang amat memuaskan daripada pelanggan.

Cukuplah 5 sebab kenapa aku pilih City-Link Express sebagai private courier untuk menghantar produk-produk online aku. Aku akan kemaskini dari masa ke semasa mengenai prestasi City-Link Express ini.

Suggestion Sites:

(20659)

19 thoughts on “5 Sebab Kenapa Pilih City-Link Express

    1. muhamad yusri Post author

      Salam,

      Saya tak de full list utk charge penghantaran.
      Saya tahu cuma untuk charge penghantaran parcel iaitu RM16 untuk berat kurang dari 3kg bagi semenanjung.

      untuk info lebih lanjut boleh hubungi pihak CIty-Link.

      Terima kasih.

      Reply
    1. muhamad yusri Post author

      saya sekarang ni dah tak gunakan servis city-link lagi kerana kadar cas yang dikenakan untuk parsel sudah berubah.
      Jadi saya mencari courier lain yang boleh berikan kadar cas yang lebih murah.

      Reply
        1. muhamad yusri Post author

          tengok pada size barang juga…
          saya akan dptkan beberapa sebut harga dulu dari courier2…
          kemudian saya akan pilih yang mana boleh beri harga paling berpatutan

          Reply
  1. Muhammad syahmi

    Saya dh order barang dalam 5 hari lepas.. Barang tu dari Kuantan Pahang nak hantar me Johor Bahru.. lepas itu Saya tengok kt online citylink express barang tu dh sampai Johor Jaya.. sampai sekarang saya belum menerima barang saya..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge