Sekolah Bermula Untuk Tahun 2014

Sesi persekolahan untuk tahun 2014 telah bermula hari ini setelah lebih 1 bulan bercuti. Ibu bapa lah antara yang paling sibuk dalam melengkapkan serta menyediakan keperluan persekolahan anak-anak. Manakala anak-anak melonjak keriangan bukan kerana sekolah telah bermula tetapi kerana segala pakaian dan kelengkapan sekolah mereka telah ditukarkan dengan yang baru. Entah berapa kali duk try kasut baru sejak mula beli sehinggalah sekolah nak bukak.

Memang biasa tu, aku dulu pun macam tu jugak. Tak sabor nak tunjuk kat kengkawan beg sekolah ‘Ninja Turtle’ yang baru. Kasut sekolah ‘sinaran’ yang ada reflector kat bahagian belakang. Bersinar-sinar apabila terkena cahaya.

Danial pada hari pertama persekolahan 2014

Tak terkecuali juga anak-anak aku 3 orang ni. Jika tahun lepas putera sulung, Akmal Danial dalam darjah 3 kelas D. Tahun ni pulak dah naik kelas iaitu kelas 4B dan telah dilantik menjadi pengawas sekolah. Manakala puteri kembarku pula, tahun lepas masuk kelas Tadika 5 tahun. Tahun ni pulak dah memasuki kelas Tadika 6 tahun. Bersemangat diorang hari ni, pepagi lagi dah bangun. Kalau tak jangan haraplah nak bangun pagi.

Walaupun banyak perbelanjaan untuk membeli segala kelengkapan sekolah dan bayaran yuran diorang, tetapi hatiku rasa sungguh gembira dan terharu melihat diorang membesar menjadi anak-anak yang baik dan rajin belajar. Sebenarnya itulah perasaan dan harapan yang ada pada semua ibu bapa kepada anak-anak mereka.

Puteri kembarku pada hari pertama sekolah 2014

Cukuplah setakat ini celoteh sempena hari pertama persekolahan anak-anakku untuk tahun 2014. Korang ada cerita jugak ke pasal hari pertama persekolahan ni? Sudi-sudikanlah bercerita dengan meninggalkan komen walaupun sepatah ayat ye.

Wassalam.

 

(1656)

About The Author

1 thought on “Sekolah Bermula Untuk Tahun 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *