Sudah agak lama juga aku tak buat artikel pasal DIY ni. Last sekali adalah artikel DIY Smoked Head Lamp. Hits jugak artikel aku tu…hehe. Kaki modified kereta memang suka benda-benda macam tu. Antara rajin dan malas je. Aku dulu memang rajin dan suka sangat buat kerja-kerja DIY ni. Sekarang ni je tahap kerajinan semakin berkurangan. Padahal harga barang semuanya naik. Secara automatisnya upah atau servis pun pasti naik juga.
OK lah…tak nak merapu panjang. Artikel kali ni aku nak kongsi pasal DIY yang simple giler iaitu DIY pasang tail lamp. Aku punya tail lamp yang sebelah kanan dah pecah sikit sebab tercium dengan ekor lori 1 tan semasa reverse untuk keluar dari petak parking.
Aku try survey kat Mudah.my tail lamp untuk waja kot-kot ada yang boleh bagi harga yang dalam aku punya bajet. Target aku adalah LED tail lamp sebab dah lama sangat berkenan dengan design lampu ni. LED tail lamp ini juga dikenali dengan nama M5 LED tail lamp sebab designnya seakan tail lamp BMW M5.Aku tengok kebanyakan harga agak murah juga jika nak dibandingkan dengan harga yang ditawarkan kat kedai-kedai aksesori kereta di area JB ni. Tapi oleh kerana penjual berada agak jauh dari JB, kos pos perlu diambil kira. Setelah ditambah kos pos, harganya lebih kurang dengan harga kat kedai aksesori di sini. Jadi aku ambil keputusan beli kat sini je. Lagipun aku boleh periksa dan test dulu tail lamp sebelum membelinya. Aku dah survey kat kedai-kedai aksesori di area JB ni dan aku jumpa satu kedai je yang boleh bagi harga paling berpatutan. Kalau korang nak tahu boleh kat aku…hehe.
OK. Straight to the point, langkah pertama untuk menukar tail lamp ini ialah buka cover belakang tail lamp yang kat dalam bonet. Aku buka untuk tail lamp yang sebelah kanan dulu. Ada 3 biji skru bunga yang harus di tanggalkan. Setelah kesemua skru ditanggalkan, bolehlah buka cover tu.
Langkah kedua ialah tanggalkan 3 biji nat yang mengikat tail lamp pada body kereta. Gunakan spana bersaiz 10 untuk melonggarkan nat-nat itu.
Langkah ketiga pula, tanggalkan connector wire harness yang menyambungkan ke soket tail lamp. Kalau korang perasan, ada 1 wire berwarna putih kat dalam gambar kan? Itu pun salah satu DIY projek yang aku buat kat tail lamp tu. Aku tak de kongsi pun artikel pasal tu sebab masa tu aku belum kenal apa itu blog lagi. Aku cuma kongsi dengan memember melalui email jer… Kalau aku rajin, aku akan cuba buatkan artikel pasal tu.
Langkah keempat, keluarkan tail lamp dari body kereta. Tak susah pun nak keluarkannya. Cuma kena jaga-jaga takut tail lamp tu terlepas. Jadi pegang betul-betul.
Langkah kelima, pasangkan tail lamp yang baru dan ketatkan dengan 3 biji nat yang dah dibuka tadi.
Langkah keenam, sambungkan connector dari tail lamp ke connector wire harness utama. Pastikan ianya dipasang dengan betul dan kemas agar tidak longgar.
Langkah ketujuh, pasang semula cover belakang tail lamp dan ketatkan dengan 3 skru yang telah dibuka tadi.

Langkah 7:Pasang semula rear cover dan skru
Ulangi langkah 1 sampai 7 untuk tail lamp yang sebelah kiri pula.
Yer…maka siaplah sudah DIY yang sangat simple iaitu DIY tukar dan pasang LED tail lamp untuk kereta bernadi 4G18P ataupun juga dikenali sebagai . Ini lah hasilnya…
Diharapkan korang sukalah dengan perkongsian DIY aku kali ini. Kalau tak suka, cuba nyatakan sebabnya kat bahagian komen. Hehe
(7079)
About The Author
Benda senang macam ni patut buat sendiri je..
betul tu bro…memang patut. Melainkan kalau dah memang liat sangat nak pegang spana…haha
bab ni memang lelaki pro sangat 😉
ada gak yang penyegan sikit nak buat benda-benda macam ni…hehe
wahh..rajin eh buat benda nih..
mahu tak rajin..bende senang…haha
Wahhh pandai demo kan?untung dah tu..jimat kos upah…hehe
Hok aloh la…basic jah ni boh…hehe
itulah motif sebenarnya,nak save kos upah…
Basic ko, apa ko…ia tetap susah nak buat..kalu suruh isteri kawe wak, pagi sampai petang belum tentu buleh pasang lagi..haha
haha betul tu boh…minat dan keberanian harus ada di dalam hati…hehe
terima kasih diatas perkongsian ini..salam ukhwah..salam perkenalan..
sama-sama bro…apa saja yang boleh dikongsi kita kongsi…
Salam ukhwah juga buat bro…
Ya,boleh jimatkan duit.
Kratif nih,,,
Sgt2 bermanfaat….so blh bljr drpd blog ni… saya pun bukan apa plan nk tukar lampu design m5 ni juga sbb yelah taillamp waja cps…alahai org kta “cutting org tua” … sesekli tgk nmpk skema plk…
ok semoga hajat tuan tercapai…in syaa Allah
kalau dah pandai pasang sendiri, boleh lah jimat kos hantar ke kedai.