Hari ini dengan rase bangganya dan langsung tak bersalah, aku share kat MY dotcom gambar jalopy aku berpossing dengan jet pejuang yang aku sendiri pun tak pasti lagi apa nama model ni. Tapi apa yang pasti ini adalah gambar real dan langsung tiada superimpose ataupun apa-apa photo effect.
Lokasi adalah di Dyson Senai. Macam biasa lah setiap hari Isnin lepas lunch aku dan team department aku akan ke sini untuk meeting dengan Engineer-engineer Dyson.
Menurut kata kengkawan aku yang bekerja di sini, selain jet pejuang ni banyak lagi barang-barang lain yang dipamerkan di dalam bangunan Dyson Senai. Tiada apa-apa tujuan pun barang-barang tu dipamerkan. Hanya sekadar untuk tunjukkan inovasi di dalam penciptaan teknologi seiring dengan teknologi yang dihasilkan oleh founder Dyson iaitu Sir James Dyson.
*foto credited to my colleague Norlila.
(758)
About The Author