Tag Archives: hibiscus

Bunga Raya a.k.a Hibiscus Bukan Sekadar Bunga

Bunga Raya yang sedang kembang mekar tanpa wangi

Hari ini terlintas di kepala untuk menyentuh serba-sedikit tentang Bunga Raya. Apakah keistimewaan bunga raya ini? Aku pasti semua orang sedia maklum yang bunga raya adalah bunga kebangsaan negara kita Malaysia. Kenapa agaknya tidak dipilih bunga-bunga yang lain sebagai bunga kebangsaan? Sedangkan banyak lagi bunga yang lebih cantik dan berbau harum seperti bunga mawar, bunga melur, bunga kenanga dan sebagainya. Bunga raya langsung tidak mempunyai bau. Bunga tahi ayam pun ada bau :-).

Pada pengamatan aku, bunga raya bukanlah bunga yang popular pun. Sememangnya langsung tak tersenarai di dalam nama-nama jambangan bunga untuk dihadiahkan kepada awek ataupun isteri. Halaman rumah aku pun tidak ditanam pokok bunga raya ini. Nasib baik jiran di depan rumah aku yang berketurunan India ada menanam pokok bunga raya. Bolehlah aku tumpang ambil gambar bunga raya untuk aku masukkan dalam entri ini. Continue reading

(3823)