Tag Archives: resepi

Resepi BBQ Ayam-Terbaik dari ladang

BBQ AYAM

Resepi untuk menyediakan ramuan BBQ Ayam adalah seperti di bawah:

Bahan-bahannya adalah:

1.Bawang putih

2.Bawang merah

3.Bawang besar

4.Halia

5.Serai

6.Sos tiram

7.Madu

8.Jintan manis

9.Jintan putih

10.Kunyit

11.Garam

12.Perasa makanan (ajinomoto)

13.Ayam (potong mengikut saiz yang bersesuaian)

 

Cara-cara penyediaannya:

1)Masukkan kesemua bahan-bahan (#1 ~ #5) ke dalam blender dan kisarkannya sehingga semuanya hancur.

2)Tuangkan bahan yang sudah dikisar tadi ke dalam bekas yang sudah terisi ketulan ayam yang sudah dipotong.

3)Masukkan pula kesemua bahan-bahan (#6 ~ #12) ke dalam bekas tadi dan gaulkan sehingga semuanya sebati.

4)Perapkan ayam tadi selama beberapa jam (paling kurang 4 jam).Lagi lama perap lagi sedap.

5)Lepas tu, bolehlah bakar ayam-ayam tadi kemudian makan bersama-sama kengkawan,teteman,aweks-aweks,bekas tunang dan ahli keluarga.

Selamat mencuba!

(1352)