Tag Archives: syiling 50 sen terbelah

Uniknya Duit Syiling 50 Sen Terbelah

Duit Syiling 50 sen Uniknya Duit Syiling 50 Sen Terbelah

Antara koleksi duit syiling 50 sen aku

Entah kenapa ya aku sendiri pun tak pasti kenapa aku masih menyimpan duit syiling 50 sen terbelah ini. Semasa aku kecil dulu, duit syiling ini biasa-biasa saja dan mudah diperolehi. Tetapi pada masa kini, jika terjumpa duit syiling ini pasti akan menjadi sesuatu yang agak pelik tetapi benar. Mana tidaknya, duit syiling sebegini sudah boleh dikategorikan sebagai unik dan memang susah sekali untuk diperolehi.

Kenapa ianya unik? Salah satu sebabnya ialah pada bahagian tepi syiling ini mempunyai ‘longkang’ dan dek kerana itulah ianya dikenali sebagai syiling 50 sen terbelah. Design seperti ini memang tidak ada pada duit syiling yang lain. Koleksi yang aku ada sekarang adalah daripada tahun 1967 dan 1968. Bayangkan usianya sudah pun mencapai 44 dan 45 tahun. Jauh lebih tua dari aku. Aku belum lahir lagi duit itu sudah ada. Continue reading (5739)