Tazkirah Sempena Hari Raya Korban 1433 Hijrah / 2012 Masihi

selamat hari raya aidil adha Tazkirah Sempena Hari Raya Korban 1433 Hijrah / 2012 MasihiAlhamdulillah.Syukur kepada Allah yang telah memanjangkan umur kita dan dapat lagi ketemu pada hari yang mulia ini.Tetapi ada di antara saudara-mara,sahabat dan jiran-jiran kita yang telah pergi terlebih dahulu kelmarin dan semalam.Hendak atau tidak,mati pasti akan tiba jua.Hanya masa sahaja yang menentukan,bilakah pula giliran kita!

“Ya Allah lanjutkan umur kami kerana kami takutkan mati dan berilah peluang lagi kepada kami untuk memperbanyakkan ibadah-ibadah kami.Sesungguhnya terlalu banyak dosa kami kepada Mu ya Allah….”

Selawat dan salam untuk Nabi Mu Muhammad Sollallahu alaihi wasallam.Kami memohon syafaat mu pada Hari Berbangkit nanti dan juga untuk ahli keluarga dan sahabat-sahabat mu…Allahumma solli ‘ala Muhammad.Wa’ala ali Muhammad.

Antara fenomena di akhir zaman nanti ialah RAMAI yang mengaku Islam,tetapi TIDAK RAMAI yang melakukan perbuatan-perbuatan yang sepatutnya dilakukan oleh orang-orang yang beragama Islam.Diantara yang ketara sekali ialah TIDAK SEMBAHYANG.trans Tazkirah Sempena Hari Raya Korban 1433 Hijrah / 2012 Masihi

Tok Bilal sakit tekak melaungkan Azan.“HAIYA ‘ALASSOLAHHHH”.Mereka pula menjawab,“Hampa semayang ajalah….kami tak payahhh”.Masjid dibina makin besar dan luas,tetapi jemaah makin pudar dan tempias.Harapan kita moga di antara kita tidaklah sedemikian rupa.Semuanya baik-baik dan patuh belaka hendaknya.InsyaAllah. Continue reading

Akhirnya Terbuat Juga Sitemap untuk Blog

sitemap Akhirnya Terbuat Juga Sitemap untuk Blog

Saban hari setiap kali aku login ke MY dot com ni terasa seperti ada kekurangan saja pada blog ini. Sememangnya aku tahu dan teramatlah menyedarinya dari dulu lagi yang MY dot com belum mempunyai sitemap.Bukan tidak mahu buat dan tidak tahu buat tetapi belum hendak buat.

Semalam bersempena cuti Hari Malaysia aku telah mengadakan jamuan raya
yang kali ke 2 untuk raya tahun ini. Jamuan ini adalah untuk rakan-rakan aku dan XYL aku yang mana tidak berkesempatan untuk datang beraya ke teratak aku pada minggu lepas. Continue reading

Banner Raya

banner raya1 Banner Raya

Kepulanganku disambut dengan senyuman Tok Guru

Salam Semua,

Entri ni ringkas sahaja kerana masih kekenyangan makan tengahari pada hari pertama naik kerja selepas 1 minggu bercuti Hari Raya. Aku cuma nak share gambar-gambar banner (kain rentang) Hari Raya yang sempat aku snap ketika balik beraya di kampung minggu lepas.

Bukan apa, apabila aku lihat dan baca ayat-ayat pada banner tu aku rasa amat terharu kerana kepulangan anak perantau seperti aku ni juga amat alu-alukan/dinanti-nantikan serta disambut walaupun tidak dibentangkan red carpet atau dengan paluan kompang. Continue reading

Uniknya Duit Syiling 50 Sen Terbelah

Duit Syiling 50 sen Uniknya Duit Syiling 50 Sen Terbelah

Antara koleksi duit syiling 50 sen aku

Entah kenapa ya aku sendiri pun tak pasti kenapa aku masih menyimpan duit syiling 50 sen terbelah ini. Semasa aku kecil dulu, duit syiling ini biasa-biasa saja dan mudah diperolehi. Tetapi pada masa kini, jika terjumpa duit syiling ini pasti akan menjadi sesuatu yang agak pelik tetapi benar. Mana tidaknya, duit syiling sebegini sudah boleh dikategorikan sebagai unik dan memang susah sekali untuk diperolehi.

Kenapa ianya unik? Salah satu sebabnya ialah pada bahagian tepi syiling ini mempunyai ‘longkang’ dan dek kerana itulah ianya dikenali sebagai syiling 50 sen terbelah. Design seperti ini memang tidak ada pada duit syiling yang lain. Koleksi yang aku ada sekarang adalah daripada tahun 1967 dan 1968. Bayangkan usianya sudah pun mencapai 44 dan 45 tahun. Jauh lebih tua dari aku. Aku belum lahir lagi duit itu sudah ada. Continue reading