Tag Archives: Mudah.my

DIY Pasang Tail Lamp

Sudah agak lama juga aku tak buat artikel pasal DIY ni. Last sekali adalah artikel DIY Smoked Head Lamp. Hits jugak artikel aku tu…hehe. Kaki modified kereta memang suka benda-benda macam tu. Antara rajin dan malas je. Aku dulu memang rajin dan suka sangat buat kerja-kerja DIY ni. Sekarang ni je tahap kerajinan semakin berkurangan. Padahal harga barang semuanya naik. Secara automatisnya upah atau servis pun pasti naik juga.

OK lah…tak nak merapu panjang. Artikel kali ni aku nak kongsi pasal DIY yang simple giler iaitu DIY pasang tail lamp. Aku punya tail lamp yang sebelah kanan dah pecah sikit sebab tercium dengan ekor lori 1 tan semasa reverse untuk keluar dari petak parking.

Broken Original Tail Lamp

Tail Lamp dah pecah sikit

Continue reading

(7072)

Uniknya Duit Syiling 50 Sen Terbelah

Antara koleksi duit syiling 50 sen aku

Entah kenapa ya aku sendiri pun tak pasti kenapa aku masih menyimpan duit syiling 50 sen terbelah ini. Semasa aku kecil dulu, duit syiling ini biasa-biasa saja dan mudah diperolehi. Tetapi pada masa kini, jika terjumpa duit syiling ini pasti akan menjadi sesuatu yang agak pelik tetapi benar. Mana tidaknya, duit syiling sebegini sudah boleh dikategorikan sebagai unik dan memang susah sekali untuk diperolehi.

Kenapa ianya unik? Salah satu sebabnya ialah pada bahagian tepi syiling ini mempunyai ‘longkang’ dan dek kerana itulah ianya dikenali sebagai syiling 50 sen terbelah. Design seperti ini memang tidak ada pada duit syiling yang lain. Koleksi yang aku ada sekarang adalah daripada tahun 1967 dan 1968. Bayangkan usianya sudah pun mencapai 44 dan 45 tahun. Jauh lebih tua dari aku. Aku belum lahir lagi duit itu sudah ada. Continue reading

(22480)

Pemberian Yang Tak Terduga

Cenderamata istimewa

Salam semua,

Sudah sekian lama tersimpan entri ni dan baru hari ini terasa nak dipublishkan. Bukan best sangat pun ceritanya. Cuma nak share dengan pengikut setia MY dotcom (ada ke follower blog aku nih :-)),baru-baru ni semasa customer aku collect barang iaitu front grill Nissan Sylphy Impul yang telah diorder via online. Customer aku ni nak collect by hand, so aku hantar by hand lah. Dapat jugak aku eye ball dengan customer aku tu. Since dia pun tinggal dalam area JB, tak de hal lah untuk aku pergi jumpa dia. Continue reading

(1173)