Category Archives: Kekeluargaan

Selamat Hari Lahir ke-5 Tahun Puteri Kembarku

Pada tarikh dan hari yang sama 5 tahun lepas, XYL ku telah selamat melahirkan 2 orang cahaya mata kami. Kami telah memberikan nama kepada puteri kembar kami itu dengan nama Nur Dhia Danisha (kakak) dan Nur Adini Darwisya (adik). Perbezaan masa hanyalah 6 minit di antara kakak dan adik. Syukur Alhamdulillah, syukur kerana semuanya selamat walaupun kelahiran puteri kembar kami ini adalah di luar jangkaan kami.

Pada hari ini telah genap 5 tahun usia kedua-dua puteri kembar kami. Seronok sekali kerana dapat melihat keduanya membesar di depan mata kami sendiri. Pelbagai pengalaman telah kami perolehi sejak dari mula kelahiran sehinggalah ke hari ini. Pengalaman yang sungguh berharga yang mana tidak semua ibu bapa dapat memilikinya.

Continue reading

(3238)

Rahsia Kelahiran Anak Kembar

Puteri Kembarku ketika berusia 2 tahun 2 bulan

Anak. Semua pasangan yang berkahwin sudah pastinya ingin memiliki zuriat dari keturunan sendiri. Anak adalah anugerah dari Allah S.W.T yang wajib kita pelihara,didik,jaga,bimbing dan sewaktu denganya. Namun begitu ada juga pasangan yang berkahwin tidak dikurniakan anak oleh Allah S.W.T. Ini adalah yang kita katakan rezeki dari Allah S.W.T. Kita mampu merancang dan berusaha, tetapi ketetapan dan ketentuan adalah dari Allah S.W.T. Continue reading

(2517)