Tag Archives: anak-anakku

Selamat Hari Lahir ke-5 Tahun Puteri Kembarku

Pada tarikh dan hari yang sama 5 tahun lepas, XYL ku telah selamat melahirkan 2 orang cahaya mata kami. Kami telah memberikan nama kepada puteri kembar kami itu dengan nama Nur Dhia Danisha (kakak) dan Nur Adini Darwisya (adik). Perbezaan masa hanyalah 6 minit di antara kakak dan adik. Syukur Alhamdulillah, syukur kerana semuanya selamat walaupun kelahiran puteri kembar kami ini adalah di luar jangkaan kami.

Pada hari ini telah genap 5 tahun usia kedua-dua puteri kembar kami. Seronok sekali kerana dapat melihat keduanya membesar di depan mata kami sendiri. Pelbagai pengalaman telah kami perolehi sejak dari mula kelahiran sehinggalah ke hari ini. Pengalaman yang sungguh berharga yang mana tidak semua ibu bapa dapat memilikinya.

Continue reading

(3237)