Tag Archives: kelahiran anak kembar

Selamat Hari Lahir Puteri Kembar ke 13 Tahun

Mengenang kembali detik indah 13 tahun yang lalu.

Pada jam 5.37 am, lahirlah seorang puteri yang diberi nama Nur Dhia Danisha. Selang 6 minit kemudian lahirlah pula seorang lagi puteri yang diberi nama Nur Adini Darwisya.

Kelahiran secara normal puteri kembar ini dari rahim isteriku yang tercinta Masliza Mohamed adalah satu anugerah yang tak ternilai harganya. Suatu kelahiran diluar jangkaan. Ku sangka seorang rupanya dua orang 😊. Jutaan terima kasih atas pengorbanan yang tak terhingga sebagai seorang ibu.

Segala persiapan yang dibuat adalah untuk seorang bayi. Apabila kelahiran unexpected anak kembar ini keadaan menjadi sedikit kelam-kabut. Semua keperluan bayi harus didoublekan 😅.

Itulah serba sedikit yang dapat dikongsikan tentang kelahiran puteri kembar kami. Membesarkan mereka adalah satu pengalaman berharga yang bukan semua ibu bapa dapat mengecapinya.

Alhamdulillah… Dengan izin Allah kami dapat menjaga anugerahNya dengan sempurna.

Selamat hari lahir yang ke 13 tahun buat puteri kembar kami.

Semoga kalian cekal & tabah menempuh hari-hari yang mendatang.
Semoga dipermudahkan dalam segala hal, dimurahkan rezeki dan menjadi anak² yang solehah. In syaa Allah. Aminn…

(103)

Selamat Hari Lahir ke-5 Tahun Puteri Kembarku

Pada tarikh dan hari yang sama 5 tahun lepas, XYL ku telah selamat melahirkan 2 orang cahaya mata kami. Kami telah memberikan nama kepada puteri kembar kami itu dengan nama Nur Dhia Danisha (kakak) dan Nur Adini Darwisya (adik). Perbezaan masa hanyalah 6 minit di antara kakak dan adik. Syukur Alhamdulillah, syukur kerana semuanya selamat walaupun kelahiran puteri kembar kami ini adalah di luar jangkaan kami.

Pada hari ini telah genap 5 tahun usia kedua-dua puteri kembar kami. Seronok sekali kerana dapat melihat keduanya membesar di depan mata kami sendiri. Pelbagai pengalaman telah kami perolehi sejak dari mula kelahiran sehinggalah ke hari ini. Pengalaman yang sungguh berharga yang mana tidak semua ibu bapa dapat memilikinya.

Continue reading

(3238)

Hari Ulang Tahun Perkahwinan

Salam Semua,

Hari ini 19 Julai 2012, genaplah usia ikatan perkahwinan aku dan XYL yang ke 9 tahun.

Alhamdulillah segala kesenangan dan kesusahan dapat kami harungi bersama dengan penuh kesabaran.

Pengalaman banyak mengajar kami di dalam menempuhi hidup di alam rumah tangga. Pahit dan manis adalah lumrah di dalam kehidupan bekeluarga. Continue reading

(1420)