Aku dah berkecimpung dalam bisnes online sejak dari tahun 2008. Kebanyakan produk yang aku jual adalah produk fizikal. Memang seronok dan amat menguntungkan jual produk secara online ni. Lagipun ianya sangat mudah dan tidak memenatkan.
Perkhidmatan penghantaran adalah medium terpenting untuk memastikan barang yang dipesan oleh pelanggang sampai dengan selamat dan tepat pada waktunya. Jika self-collection ataupun COD (cash on delivery) tidak menjadi masalah kerana aku boleh deal dengan pelanggan untuk jumpa dekat mana-mana tempat yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Bagi penghantaran produk ke luar Johor Bahru, aku mempunyai 2 pilihan perkhidmatan penghantaran:
- Pos Malaysia – Pos Laju
- Private Courier – Sure Reach, Sky Net, Nationwide, Matang Express dan City-Link Express.
Perkhidmatan Pos Laju kebiasaannya untuk aku hantar barang-barang yang berukuran tidak melebihi 1 meter untuk ke destinasi di dalam Semenanjung dan Malaysia Timur (Borneo).
Manakala perkhidmatan private courier aku pilih untuk penghantaran barang-barang yang panjangnya melebihi 1 meter atau pun bersaiz besar. Tetapi hanya untuk ke destinasi di dalam Semenanjung sahaja. Jika ke Borneo, aku tetap pilih Pos Laju kerana kadar caj yang dikenakan lebih murah berbanding private courier.
Jika dulu aku gemar menggunakan perkhidmatan Matang Express Services kerana caj penghantaran yang dikenakan adalah paling murah di antara private courier yang ada serta cepat dan efektif. Tapi selepas Matang Express Services menaikkan kadar cas penghantaran untuk parsel pada pertengahan tahun 2013, aku telah bertukar kepada City-Link Express.
5 Sebab Kenapa Pilih City-Link Express:
- Kadar cas penghantaran untuk parsel adalah berpatutan dan antara yang termurah setakat ini.
- Servis untuk pelanggan juga sangat baik samada sebelum,semasa dan juga selepas penghantaran.
- Mempunyai laman web yang mesra pengguna dan sentiasa dikemaskini.
- Mempunyai sistem jejak penghantaran atau city-link express tracking online yang memudahkan untuk kita memeriksa status barang yang sudah dihantar.
- Rekod syarikat yang baik dan mendapat respon yang amat memuaskan daripada pelanggan.
Cukuplah 5 sebab kenapa aku pilih City-Link Express sebagai private courier untuk menghantar produk-produk online aku. Aku akan kemaskini dari masa ke semasa mengenai prestasi City-Link Express ini.
(23774)
About The Author
belum pernah cuba lagi city link express ni. selalu guna pos laju aje.
kalau nak courier barang-barang besar baik guna City Link. Murah berbanding Pos Laju.
Orang yang rekemen pakai ni pun kerja kat Pos Laju…huhu
Terbaiklah boh!
Eh, deme jual barang ape ni? hehe
banyok barang gok…
main item spoiler & bodykit kereta. laku mcm pisang goreng boh…
Lain-lain mcm2 ada…asal buleh jual…huhu
bro.. blh bg list harga kos penghantaran citylink?
tlg hantar di emel sy : hi_carlwere@yahoo.com
Memilih agen pengiriman barang memanglah harus pintar-pintar.
Salam. Sy nk tahu list harga kos penghantaran. Tq
Salam,
Saya tak de full list utk charge penghantaran.
Saya tahu cuma untuk charge penghantaran parcel iaitu RM16 untuk berat kurang dari 3kg bagi semenanjung.
untuk info lebih lanjut boleh hubungi pihak CIty-Link.
Terima kasih.
Buat masa ini , masih setia dengan poslaju dan skynet.
saya sekarang ni dah tak gunakan servis city-link lagi kerana kadar cas yang dikenakan untuk parsel sudah berubah.
Jadi saya mencari courier lain yang boleh berikan kadar cas yang lebih murah.
habis sekarang guna pos apa yang paling murah?
tengok pada size barang juga…
saya akan dptkan beberapa sebut harga dulu dari courier2…
kemudian saya akan pilih yang mana boleh beri harga paling berpatutan
Terima kasih bagi info ni.. saye baru cuba-cuba dengan biz online. Boleh consider la guna Citylink
Sama-sama. Oh ye ke…bisnes apa ye?
Memang boleh consider kalau nak guna servis dari City-Link ni.
Pasti puas hati..hehe
Airpak service ok tak?
Saya tak sure sebab hanya sekali guna Airpak tu pun untuk pos motosikal dari JB ke Penang.
new info,thanks for sharing
Mcmana nak wrap barang yg saiznya lebih 1 meter?
Saya dh order barang dalam 5 hari lepas.. Barang tu dari Kuantan Pahang nak hantar me Johor Bahru.. lepas itu Saya tengok kt online citylink express barang tu dh sampai Johor Jaya.. sampai sekarang saya belum menerima barang saya..