Tag Archives: Kelantan

Gomo Kelate Gomo

Kalimah keramat

Gomo Kelate Gomo! Satu kalimah keramat yang mana kini begitu lantang dilaungkan oleh semua peminat bola sepak tanahair umumnya dan anak-anak Kelantan khususnya. Lebih-lebih lagi bersempena perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 yang akan berlangsung pada malam ini di Stadium Shah Alam. Perlawanan di antara Kelantan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia tidak kira tua atau muda dan miskin atau pun kaya.

HOT! PROGRAM AFFILIATE JOB DIRUMAH

Pelbagai andaian dibuat mengenai pasukan yang akan menjuarai piala keagungan bola sepak negara. Ramai yang mengatakan Kelantan mempunyai kelebihan daripada segi pengalaman bermain di medan perlawanan akhir serta semangat juang yang tinggi di kalangan pemain serta para penyokongnya. Rakyat Kelantan di serata negeri pasti berpusu-pusu menuju ke Stadium Shah Alam bagi memberi sokongan yang padu kepada pasukan bola sepak Kelantan. Tidak kurang hebat juga dengan pasukan ATM. Kelayakan mereka sehingga ke peringkat akhir merupakan satu pencapaian yang amat luar biasa. Jika tiada kekuatan dari segi mental serta teknikal, mana mungkin mereka boleh sampai ke tahap itu. Continue reading

(7970)

Banner Raya

Kepulanganku disambut dengan senyuman Tok Guru

Salam Semua,

Entri ni ringkas sahaja kerana masih kekenyangan makan tengahari pada hari pertama naik kerja selepas 1 minggu bercuti Hari Raya. Aku cuma nak share gambar-gambar banner (kain rentang) Hari Raya yang sempat aku snap ketika balik beraya di kampung minggu lepas.

Bukan apa, apabila aku lihat dan baca ayat-ayat pada banner tu aku rasa amat terharu kerana kepulangan anak perantau seperti aku ni juga amat alu-alukan/dinanti-nantikan serta disambut walaupun tidak dibentangkan red carpet atau dengan paluan kompang. Continue reading

(1136)

Kelantan Juara

Kelantan Juara Piala FA 2012

 

Penantian selama 20 tahun telah berakhir malam tadi apabila Kelantan melakar sejarah dengan memenangi perlawanan akhir Piala FA 2012. Dengan berbekalkan 1 jaringan pada minit ke-58 menerusi sepakan penalti oleh wira Kelantan, Mohammed Ghaddar. Sime Darby FC berjaya ditundukkan oleh Red Warriors dengan keputusan penuh 1-0.
Kemenangan malam tadi telah membuktikan bahawa pasukan Red Warriors merupakan gergasi bola sepak yang sememangnya amat digeruni pada alaf ini. Red Warriors telah membawa revolusi baru buat arena bola sepak negara. Continue reading

(1232)

Siapa Juara Final Piala FA 2012

Trofi Baru Piala FA 2012

Malam nanti akan berlangsungnya perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan (Red Warrior) menentang Sime Darby FC. Siapakah agaknya akan membawa pulang trofi Fiala FA yang baru?
Aku selaku pemegang Mykad yang berkod ’03’ di tengah (walaupun aku berasal dari negeri yang sama dengan penyubiru) sudah pastinya akan menyokong penuh tanpa berbelah bahagi the Red Warrior.

GOMO KELATE GOMO!

(713)