Tag Archives: The Official

Hari Merdeka Malaysia ke 57

Salam merdeka,salam hari kebangsaan yang ke 57 tahun buat negaraku Malaysia tanah tumpahnya darahku.Sambutan hari merdeka sudah pastinya sinonim dengan kibaran Jalur Gemilang iaitu bendera kebanggaan kita.Di situ terletaknya maruah bangsa dan negara kita.Jadi tidak sah kalau jalur gemilang ini tidak dikibarkan.Tidak kiralah di mana-mana jua sekalipun.Di rumah-rumah kediaman,di bangunan pejabat,sekolah mahupun kenderaan.

Aku turut mengambil bahagian dengan memasang jalur gemilang di jalopy ku sebagai tanda sokongan dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa merdeka.Korang pulak buat apa sempena hari merdeka kali ini yang temanya Di sini Lahirnya Sebuah Cinta. Continue reading

(1116)

Bunga Raya a.k.a Hibiscus Bukan Sekadar Bunga

Bunga Raya yang sedang kembang mekar tanpa wangi

Hari ini terlintas di kepala untuk menyentuh serba-sedikit tentang Bunga Raya. Apakah keistimewaan bunga raya ini? Aku pasti semua orang sedia maklum yang bunga raya adalah bunga kebangsaan negara kita Malaysia. Kenapa agaknya tidak dipilih bunga-bunga yang lain sebagai bunga kebangsaan? Sedangkan banyak lagi bunga yang lebih cantik dan berbau harum seperti bunga mawar, bunga melur, bunga kenanga dan sebagainya. Bunga raya langsung tidak mempunyai bau. Bunga tahi ayam pun ada bau :-).

Pada pengamatan aku, bunga raya bukanlah bunga yang popular pun. Sememangnya langsung tak tersenarai di dalam nama-nama jambangan bunga untuk dihadiahkan kepada awek ataupun isteri. Halaman rumah aku pun tidak ditanam pokok bunga raya ini. Nasib baik jiran di depan rumah aku yang berketurunan India ada menanam pokok bunga raya. Bolehlah aku tumpang ambil gambar bunga raya untuk aku masukkan dalam entri ini. Continue reading

(4341)

Cromok Live Concert 2012 Review

 

Photo credit to Zul Azamil

Cromok. Salah satu band underground tanahair yang aku minati. Walaupun konsert live ini aku tidak pergi menyaksikannya sendiri namun amat terasa sekali kehebatannya. Maklumlah penantian yang sekian lama untuk menyaksikan Cromok perform di pentas dengan line up asal, Karl,Miji dan Sam.

Untuk entri ini, aku akan kongsikan review yang telah diberikan oleh sahabatku melalui emel setelah beliau sendiri yang menyaksikan kosert itu tempoh hari. Continue reading

(1536)