Tag Archives: UiTM

Aku Dan Radio Amatur – Part 1

Terdetik hari ini untuk aku berkongsi dengan korang serba sedikit tentang bagaimana aku boleh terjebak dengan dunia Radio Amatur (RA) atau Ham Radio ni. Aku rasa elok jugak aku ceritakan benda ni kerana secara tidak langsung aku boleh jadikan rujukan untuk aku mengimbas kembali detik-detik perkenalan aku dengan RA ni. Amateur Radio

Aku mula mengetahui tentang RA ni ketika menuntut di Intitut Teknologi Mara (ITM), Shah Alam atau lebih dikenali dengan UiTM (FYI:ITM diisytiharkan berstatus Universiti pada tahun 1999 iaitu ketika aku berada di tahun akhir pengajian Kejuruteraan Elektrik). Major subjek aku ketika itu adalah Electronics Communication. Ya, dalam subjek itu lah aku diperkenalkan dengan RA iaitu salah satu applikasi di dalam telekomunikasi. Teori tak berapa nak faham sangat time tu. Tetapi praktikal je yang seronok. Dapat belajar menggunakan alat-alat komunikasi. Paling best boleh pantau perbualan 2 hala di talian telefon. Kalau kena dengan tune dapat dengar couple yang tengah bergayut. Tersenyum sorang-sorang kalau aku ingat kembali kenangan itu. Korang sendiri boleh agak kan apa yang aku dengar.He he. Continue reading

(4115)

Bunga Raya a.k.a Hibiscus Bukan Sekadar Bunga

Bunga Raya yang sedang kembang mekar tanpa wangi

Hari ini terlintas di kepala untuk menyentuh serba-sedikit tentang Bunga Raya. Apakah keistimewaan bunga raya ini? Aku pasti semua orang sedia maklum yang bunga raya adalah bunga kebangsaan negara kita Malaysia. Kenapa agaknya tidak dipilih bunga-bunga yang lain sebagai bunga kebangsaan? Sedangkan banyak lagi bunga yang lebih cantik dan berbau harum seperti bunga mawar, bunga melur, bunga kenanga dan sebagainya. Bunga raya langsung tidak mempunyai bau. Bunga tahi ayam pun ada bau :-).

Pada pengamatan aku, bunga raya bukanlah bunga yang popular pun. Sememangnya langsung tak tersenarai di dalam nama-nama jambangan bunga untuk dihadiahkan kepada awek ataupun isteri. Halaman rumah aku pun tidak ditanam pokok bunga raya ini. Nasib baik jiran di depan rumah aku yang berketurunan India ada menanam pokok bunga raya. Bolehlah aku tumpang ambil gambar bunga raya untuk aku masukkan dalam entri ini. Continue reading

(4341)

Reasons To Become An Engineer

 

Salam semua,

Hari ini aku tiba-tiba-teringat akan memori ketika menuntut ilmu di UiTM Shah Alam dulu. Sebagai salah seorang penuntut jurusan Engineering, sudah semestinya cita-cita pada ketika itu adalah untuk menjadi seorang Engineer atau bahasa Melayunya Jurutera. Pada masa itu, bermacam-macam jenis design t-shirt yang dijual untuk para penuntut jurusan Engineering. Ini adalah kerana sambutan kepada penjualan t-shirt yang berhubung kait dengan jurusan pengajian memang menggalakkan. Continue reading

(2073)