Blog Yusri Kembali

Blog aku…korang ada?

Blog Yusri kini kembali setelah terbiar selama 14 hari suspended dek kerana web hosting overdue…hehehe. Saje je nak tengok bagaimana rupenya blog kena suspend (pada hal takde bajet…huhu). Semalam tergerak hati nak renew web hosting untuk setahun lagi, jadi terus buat panggilan kepada NetKL. Aku bertanyakan dengan staf NetKL tentang status web hosting aku yang dah overdue dekat 2 minggu ni. Ada lagi ker isi kandungan MY dotcom aku tu? Staf NetKL kata jika overdue belum melebihi 2 minggu tiada apa-apa masalah jika diaktifkan balik web hosting tu. Cuma mungkin mengambil masa antara 24 jam ke 72 jam untuk blog ni stabil dan kembali seperti biasa. Huh lega sikit rasenya bila mendengar penjelasan dari staf tu. Aku langsung tak buat backup untuk MY dotcom aku nih. Tapi mengikut kata staf NetKL, mereka juga ada buat backup untuk semua pelanggang yang melanggang web hosting dari NetKL. Jadi tidak perlu risau pasal data-data di dalam web hosting tu. InsyaAllah selamat.

Lepas je letak telefon, aku terus buat pembayaran ke akaun NetKL via maybank2u untuk menyambung langganan web hosting untuk MY dotcom aku ni selama setahun lagi. Selepas membuat pembayaran terus aku hantar emel ke NetKL untuk memaklumkan pasal pembayaran yang telah dibuat itu. Respond dari staf NetKL memang cepat. Aku buat pembayaran pada pukul 3.30pm dan lebih kurang pukul 6.00pm aku try masuk ke url blog ni dan ternyata MY dotcom telahpun diaktifkan balik. Lega rasenya setelah melihat MY dotcom ini masih bernafas.Huhu.

Pada pendapat aku, servis yang diberikan oleh NetKL memang superb. Harga pakej-pakej yang ditawarkan juga paling munasabah buat masa ini. Pihak NetKL sentiasa membuat follow-up semua pelanggannya dengan menghantar info dan notis melalui emel. Macam kes web hosting aku yang dah overdue tu, NetKL telah menghantar reminder sebanyak 3 kali tetapi aku je yang buat donno jer…hehehe. Last-last kena suspended. Padam muka aku.

Jadi kepada blogger-blogger yang belum ada domain sendiri dan web hosting sendiri tu, boleh lah cuba melanggan pakej-pakej di NetKL. Memang berbaloi-baloi…


 

(1124)

About The Author

4 thoughts on “Blog Yusri Kembali

    1. muhamad yusri Post author

      rase bangga dan best…hahaha…
      padahal tak senang duduk…yer lah rugi ooo ada domain tapi takde hosting…same je macam takde blog/web site… 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *