Tahun Baru 2012

Pejam celik,pejam celik akhirnya berlalu jua 2011 dan 2012 menjelma di depan mata. Apakah perkara-perkara yang menarik atau menolak telah berlaku pada tahun 2011? Adakah tercapai cita-cita atau impian serta harapan untuk tahun 2011? Walauapa pun terjadi kehidupan harus di teruskan.

Jika azam pada tahun 2011 tidak tercapai, kita cuba lagi pada tahun ini 2012. InsyaAllah, berkat usaha yang tidak mengenal jemu kemungkinan ianya akan berjaya dikecapi.

Apa yang menarik ye untuk tahun 2011? Bagi saya permulaan tahun 2011 adalah sungguh menyeronokkan. Anak sulong saya, Akmal Danial telah masuk darjah 1 di Sek.Keb. Jeram Tekoh,Gua Musang. Walaupun tinggal berjauhan dari kami (abah dan ibu serta adik-adiknya), namun dia berjaya mengharungi sesi persekolahan dengan cemerlangnya. Keputusan peperiksaan akhir tahunnya dia mendapat kedudukan ke-2 di dalam kelasnya.

Jika untuk blogging pula, tahun 2011 saya berjaya memiliki domain sendiri iaitu muhamadyusri.com beserta web hosting sendiri. Sungguh puas rasenya walaupun blog ini jarang-jarang berupdate. InsyaAllah, azam tahun ini adalah untuk lebih bersungguh-sungguh lagi di dalam berblogging sehingga berjaya memperolehi hasil yang diidam-idamkan.

Dari segi kerja pula, bermula dari 5hb January 2011 saya mula bekerja di tempat baru di sebuah syarikat yang lokasinya lebih dekat dengan base saya jika hendak dibandingkan dengan syarikat sebelum ini. Pengalaman baru telah ditimba kerana berbeza produk dan persekitaran kerja tetapi konsep kerja tiada banyak beza. Tunggu dan lihat dulu bagaimana pula dengan tahun ini.Belum ada apa-apa perancangan lagi sama ada mencari peluang kerjaya baru ataupun meneruskan dengan kerjaya sekarang.

Bisnes on line. Keuntungan jualan tahun 2011 menunjukkan peningkatan yang luar biasa jika dibandingkan dengan tahun 2010. Bagi tahun 2012 pula, perancangan untuk meningkatkan lagi hasil dari pendapatan on line. Strategi haru s diatur dan dilaksanakan dengan sebaiknya. Ilmu mesti didalami. Tanpa ilmu tiada jalan mudah untuk berjaya.

Cukuplah dulu sampai di sini untuk intro tahun baru 2012. Selamat tinggal 2011 dan selamat datang 2012.

Semoga tahun 2012 akan memberikan kebahagiaan dan kesejahteraan buat saya serta keluarga.Amin….

(496)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge