Tiba jua masanya untuk saya dan kawan-kawan di dalam Engineering Department menikmati hidangan makan tengahari yang sedap bersempena Tahun Baru Cina 2012. Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina. Tahun ini merupakan tahun Naga dalam kelendar Qamari Cina. Saya tak nak bercerita panjang tentang Tahun Baru Cina, tetapi apa yang paling penting adalah lunch hari ini ianya disponsored oleh ‘Boss-boss’ kami.
Tahun lepas (2011), lunch gathering telah diadakan di Restoran Daiman Pekin, Johor Jaya. Manakala tahun ini, tempat kejadian adalah di Kafe Master Chef, Taman Gaya. Lunch kali ini adalah buffet style. Makanlah sebanyak mana pun yang mampu dimakan. Menu pada hari ini adalah campuran western food dan eastern food.
Saya tak ambil banyak mana pun makanan hari ini, cukup setakat tiga jenis hidangan. Itupun dah rasa kekenyangan.
Hidangan salad ikan mentah lambung iaitu yee sang, turut disediakan. Semua berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau tersebut.
Lunch hari ini terasa jugalah happeningnya. Dengan telatah kawan-kawan serta boss-boss yang sungguh sporting sekali.
Selepas acara makan-makan selesai, semua dah kenyang. Perut masing-masing pun dah macam mengandung 5 bulan, sesi foto shooting pulak…macam-macam aksi boleh dilihat. Lagi havoc acara ini…huhuhu.
Saksikanlah beberapa keping foto daripada lensa camera Canon Digital Ixus saya yang banyak berjasa ini.
Jika anda ingin menjamu selera di Kafe Master Chef ini, silalah hubungi:
Master Chef Taman Gaya,Ulu Tiram,Johor
Telefon/Fax:07-8616832
Handphone:012-7275555
Akhir kata, terima kasih Boss…tahun depan buat lagi…Gong Xi Fa Chai…
(1293)
About The Author
ingatkan masterchef yang kat astro tu, rupanya ada jugak restoran nama masterchef ye
Kalau kat JB ni,setahu saya ada 2 branch Restoran Master Chef. Kat Taman Daya dan Taman Gaya…ke-2 2nya saya dah try…western food dia memang best…
spegetti MasterChef mmg terbaekk.. nyesal tak amek bebanyak harituh..
memang best…itulah pasal…nak makan banyak tapi malu..huhu
hmmm tak perasan lak ada chinese restaurant yang halal kat area nih…nnt saya cuba sini….anyway nanti yusri singgah la yer blog saya kat http://www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan, makan dan….makan hehe TERUTAMA AREA JB…dan jangan lupa register follower yer maklum la blog baru nih sunyi je TQ TQ TQ
Thanks bro sudi singgah kat blog saya yang dah agak bersawang nih…huhu.
ok…nanti nak terjah blog bro plak…thanks…