Bayaran Pertama Dari Mobicow

Ya.

Pagi ni dapat emel daripada Paypal memaklumkan yang Mobicow dah mengirimkan sedikit duit ke dalam akaun Paypal aku. Ini adalah bayaran pertama dari Mobicow yang aku dapat selepas 4 bulan aku join program ni. OK lah tu dapat juga walau tak banyak.

First Payment Mobicow

Apa sebenarnya Mobicow ni?

Mobicow merupakan media pengiklanan yang khas untuk telefon pintar. Ia merupakan satu program yang membayar publisher berdasarkan eCPM. Secara ringkasnya model eCPM ini akan membayar publisher bagi setiap 1000 impresi. Kadar eCPM adalah antara USD 0.29 hingga USD 10 bergantung kepada lokasi. Kadar eCPM bagi Malaysia adalah antara USD 1.09 hingga USD 1.94.

Bagaimana Pembayaran Mobicow dibuat?

Pembayaran akan dilakukan melalui PayPal dan minimum pembayaran ialah USD5.00.
Tempoh pembayaran ialah dalam masa 30 hari.

Apakah Kelebihan Mobicow?

  • Kadar CPM yang terbaik
  • 100% kadar iklan dipaparkan
  • Implementasi kod iklan sangat mudah
  • Plugin sedia untuk blog wordpress dan Joomla
  • Tiada konflik dengan iklan dari media iklan lain
  • Mempelbagaikan sumber pendapatan dari blog

Kenapa mesti jadi pengiklan Mobicow?

DI dalam satu kajian pengguna oleh firma kajian Nielsen, Malaysia mencatatkan kadar penembusan telefon pintar 80 peratus selepas Hong Kong dan Singapura (87 peratus), diikuti Australia (75 peratus) dan China (71 peratus).

Kajian ini menunjukkan pengguna telefon pintar merupakan pasaran yang sangat luas. Ini kerana telefon pintar ini membolehkan mereka mempunyai akses kepada internet pada bila-bila masa sahaja. Dan peratusan ini akan meningkat dari tahun ke tahun.

Oleh itu, seharusnya korang yang ada blog sendiri, jangan lepaskan peluang ini untuk menerokai medium pengiklanan khas untuk telefon pintar ini. Jangan bertangguh lagi kerana medium pengiklanan untuk telefon pintar ini sangat berpotensi untuk menjana pendapatan bagi para blogger.Pengiklanan Mobicow ini langsung tidak mengganggu program-program pengiklanan yang lain seperti Nuffnang, Google AdSense dan lain-lain lagi. Jadi korang tak perlu nak risau sangatlah.

Jika korang nak mendaftar dengan Mobicow, bolehlah klik banner di bawah ni:


Semoga korang pun akan Berjaya buat duit juga dengan Mobicow. In sya Allah…

Sumber info:Arieon

 

(2220)

23 thoughts on “Bayaran Pertama Dari Mobicow

  1. Pingback: Bayaran kedua Dari Mobicow | MUHAMADYUSRI DOT COM

  2. Pingback: Bayaran Ketiga Komisyen Dari Mobicow | MUHAMADYUSRI.COM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge