Akhirnya Terbuat Juga Sitemap untuk Blog

Saban hari setiap kali aku login ke MY dot com ni terasa seperti ada kekurangan saja pada blog ini. Sememangnya aku tahu dan teramatlah menyedarinya dari dulu lagi yang MY dot com belum mempunyai sitemap.Bukan tidak mahu buat dan tidak tahu buat tetapi belum hendak buat.

Semalam bersempena cuti Hari Malaysia aku telah mengadakan jamuan raya
yang kali ke 2 untuk raya tahun ini. Jamuan ini adalah untuk rakan-rakan aku dan XYL aku yang mana tidak berkesempatan untuk datang beraya ke teratak aku pada minggu lepas.

Setelah selesai melayan tetamu yang datang,lebih kurang pukul 11 malam, pintu rumahku pun ditutup. Begitu juga dengan lampu kelap-kelip di hadapan rumah turut dipadam juga. Ini adalah untuk memberi alamat bahawa jamuan sudah berakhir. Selesai berkemas lebih kurang, aku pun ambil komputer riba untuk melayari internet setelah 1 hari tiada aktiviti yang dilakukan dengan komputer riba ini.

Setelah login ke blog MY dot com, tergerak hati ini untuk memasukkan sitemap bagi melengkapkan lagi isi kandungan pada blog ini. Aku telah memilih Dagon Design Sitemap Generator v3.17 sebagai plugin untuk sitemap. Pemasangan plugin sitemap ini hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit kerana cara kerjanya tidak terlalu rumit. Kini MY dot com sudah pun mempunyai sitemapnya sendiri. Almaklumlah, sebelum ni selalu sangat melawat blog rakan-rakan terutama Pondok Kecil. Cemburu juga apabila tengok blog beliau walaupun masih baru tidak sampai 5 bulan dicipta tetapi dari awal lagi sudah mempunyai sitemap sendiri.

Jadi, setelah adanya sitemap ini maka akan menyenangkan lagi aku serta pengunjung MY dot com untuk mengakses segala isi kandungan di dalam blog ini. Jika anda ingin memberi maklumbalas mengenai sitemap ini, silalah tinggalkan di bahagian komen. Terima kasih.

(1155)

8 thoughts on “Akhirnya Terbuat Juga Sitemap untuk Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge