Pagi tadi lebih kurang pukul 8.30 am aku terima SMS dari rakan saltmine yang bekerja shift malam, memberitahuku yang keputusan RAE 2012 siri ke-2 telah pun dikeluarkan. Dia bertanyakan tentang keputusan peperiksaan aku. Aku beritahu kepadanya yang aku belum check lagi. Terkejut juga aku bercampur berdebar-debar apabila diberitahu result RAE 2012-2 sudah boleh disemak di portal SKMM.
Lantas aku terus melayari laman portal SKMM untuk menyemak keputusan RAE aku yang mana telah aku duduki pada 19hb Disember 2012 yang lalu. Setelah melihat pada bahagian keputusan peperiksaan, hatiku melonjak kegirangan yang tidak terhingga malah ingin aku jerit sekuat hati di dalam ofis ku untuk memberitahu bahawa aku telah LULUS dalam RAE 2012-2. Lega sekali hatiku bila mengetahui keputusan ini. Berbaloi juga aku mengambil cuti semata-mata untuk ke MITC, Ayer Keroh Melaka untuk menduduki RAE ni dan bertambah manis pengalamanku kerana kebetulan hari itu adalah hari ulang tahun kelahiranku yang ke-34 tahun. Syukur Ya Allah di atas anugerahMu ini serta telah mempermudahkan urusanku pada hari itu.
Insan pertama yang aku kongsikan berita gembira ini adalah XYL ku yang tercinta. Beliau tidak jemu-jemu memberi sokongan yang padu pada ku. Malah beliaulah yang selalu bertanyakanku tentang keputusan RAE bila nak keluar? Lepas menghantar SMS kepada XYL ku, barulah aku mereply SMS rakanku tadi memberitahu yang aku telah lulus di dalam RAE 2012-2. Beliau pun salah seorang penggemar Radio Amatur dan mempunyai pengalaman sebagai Short Wave Listener (SWL) dan juga seorang Marshal yang bertauliah.
Oleh kerana terlalu excited dengan keputusan RAE ni, lalu aku share di page FB ku. Terima kasih kepada mereka yang telah memberikan ucapan tahniah dan juga sokongan yang memberangsangkan. Selepas ni langkah yang seterusnya adalah mengisi borang untuk permohonan Apparatus Assignment (AA) iaitu untuk memohon mendapatkan 9W2 bagi membolehkan aku untuk memancarkan gelombang radio di udara. Tapi kena tunggu keputusan rasmi yang akan dipos tak lama lagi. Sekarang tengah duk fikir apakah callsign yang nak aku pilih? 9W2***? Entah lah tak tahu lagi nak pilih apa 3 alphabet untuk dipadankan dengan 9W2 itu. Pilih saja lah yang mana belum ada orang ambil. Check saja di checkcallsign untuk mengetahui status callsign yang nak dipilih itu.
MY said: Lepas ni aku akan update lagi untuk status permohonan callsign aku.
(2005)
About The Author
Tahniah tuan. Walaupun saya tak tahu sangat tentang radio amatur ni. Tapi tahniah. Lepas ni lebih seronok la berkonvo. hehehehe
terima kasih boh…tak pe paham sikit-sikit pun dah ok…konvoi guna FRS/walkie-talkie pun dah memadai…sebab dalam coverage yang kecil…tapi jika nak jadi Marshal bagus kalau ada callsign sebab perhubungan antara Marshal dengan Marshal yang lain menggunakan VHF band. manakala antara peserta konvoi biasanya memadai dengan UHF band.
Pasal radio amatur ni,aku pernah tgk kat tv3,lama dah,paham.lah sikit2 kegunaan nya.Tahniah!
betul tu bro…kat majalah 3 kalau tak silap dulu pernah keluar. kalau nak tengok macam mana orang berkomunikasi menggunakan RA ni boleh tengok kat YouTube…boleh tengok bagaimana mereka menggunakan perhubungan radio secara berhemah…
yg syoknye, macam2 callsign dia guna…rambolah…bravolah…macam2…seronok pulak aku tengok…hahaha
callsign untuk setiap operator radio memang dok same…pas tu ikut kelas lesen pulok…ada kelas A dan B…kalu rambo tak dok boh…alphabet untuk R ialah Romeo. kalu bravo tu betul. alphabet untuk B.
kat majalah 3, tak salah aku psl pompuan guna radiokan…apa2 pun tahniah bro
terima kasih bro…bila agaknya kita boleh bereye ball?hehehe…
Tahniah boh! Lepas ni bolehlah amik exam2 lain lagi (kalau ada). Moga bertambah maju
Teruja ambe baca entri ni…maklumlah..ada rakan ambe dalam SRS yg juga peminat radio camni…kereta ada antena tinggi2 tu…nampak cool jer…hehe
Kalau untuk RA ni ada dua je exam. Satu RAE untuk lesen kelas B macam hok ambe ambik ni…Pastu satu lagi CW test untuk lesen kelas A. Kalu deme pernoh dengor morse code test, tulah CW test…perhubungan menggunakan dot matrix seperti Navy tu…
SRS tu mende boh?yer doh tu kalu dah pacak antena panjang tu radio amatur lah…tra tengok dia ada callsign ke dok?ataupun hanyalah SWL saja…
huh baru aku tahu ada exam jugak benda alah nie hehehehe ingat boleh gitu2 jer..:)
kalau yang legal punya memang kena ambil dan lulus exam dulu…
aku lom berani lagi ambil tahap 2 nih..hoho
weh bro!ko dah ada 9W2 ke?
Oloh kawe lambat ucap tahniah..harap demo dop kisoh..hahaha..tahniah boh..demo meme minat tahap kritikal bab radio amatur ni..gambar proton wira kat atas tu keto demo ko?ooo kawe baru tahu singkatan 9W2FSA..demo meme hebat..Hahaha..
tak dok hal boh.terima kasih.keto wira tu kawe spot terus ambik gambar.buke keto kawe.kawe takdok callsign lagi…baru nok apply ni.
tahniah ye bro.., wak pon ada kawan pakai radio am ni.., tp wak masih x nmpk faedahnye lg.., ;-P walopon gitu, wak rasa ni satu hobiyg menarik jugakk.,a HHKs
terima kasih wak…semuanya atas minat memasing wak…huhu