Keputusan Rasmi Peperiksaan Radio Amatur (RAE) 2012-2

Salam semua,

Setelah beberapa minggu menunggu akhirnya sampai jua surat keputusan rasmi RAE 2012-2 dari SKMM. Surat ini telah aku terima pada 20 Februari 2013. Kenapa aku tunggu sangat surat ni? Bukan aku sahaja malah semua calon yang telah menduduki peperiksaan Radio Amatur (RAE) pada 19 Disember 2012 yang lalu dan telah lulus dengan begayanya sangat-sangat menantikan surat rasmi ini. Sebab utamanya adalah untuk membuat permohonan Apparatus Assignment (AA) bagi mendapatkan sijil pengendali Radio Amatur Kelas B.

Surat Rasmi Keputusan RAE

AA ini boleh dikatakan juga sebagai lesen dalam Radio Amatur. Tanpa AA ini pengendali Radio Amatur tidak dibenarkan sama sekali memancarkan isyarat radio kepada pengendali Radio Amatur yang lain. Jika dilakukan juga perbuatan itu dikira sebagai satu kesalahan besar dan tindakan akan diambil oleh SKMM yang mana denda akan dikenakan dan segala peralatan radio yang digunakan akan dirampas. Jadi kenalah dapatkan kelulusan AA dahulu sebelum membuat perhubungan di udara.

Alamat SKMM

Pada entry yang akan datang, aku akan kongsikan langkah-langkah ataupun cara untuk membuat permohonan AA ini. Jadi kepada penggemar Radio Amatur ataupun lebih dikenali sebagai Ham Radio, tunggu ya…Adios…. 

9W2

MY said: Tengah duk pikir-pikir apakah callsign yang nak dipilih ni?huhu 9W2???…kena register cepat-cepat sebelum callsign pilihan hati diambil orang.

(5677)

29 thoughts on “Keputusan Rasmi Peperiksaan Radio Amatur (RAE) 2012-2

    1. muhamad yusri Post author

      itulah…dah list down beberapa callsign dan check availability…nasib baik ada yang masih available…nak kena cepat submit..takut dikebas orang…huhu

      Reply
    1. muhamad yusri Post author

      Kerol…Exam ni hanya untuk Radio Amatur je…yang mana RA ni juga salah satu drp aero comm.
      Satu lagi exam ialah CW/Morse Code Test…juga salah satu drp marine comm…

      Reply
      1. kerolrozain

        so, nanti blh try apply keje kat marine traffic comm center jgk ke?
        aero comm center pon dah gempak tu.. congrats abe yus..

        Reply
  1. Pingback: Masih Tercari-cari Callsign Radio Amatur | muhamadyusri dot com

  2. Pingback: 5 Tip Untuk Lulus Peperiksaan Radio Amatur | MUHAMADYUSRI DOT COM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge