Author Archives: muhamad yusri

Kenapa Ada Lubang Pada Bumper Belakang?

Salam semua,

Sejak kebelakangan ini aku selalu terserempak dengan kereta yang berlubang pada bahagian bumper belakang.
Kebanyakannya adalah kereta Honda Civic dan tidak kurang juga kereta Proton Wira. Aku terfikir jugak kenapa diorang buat lubang pada bumper tu? Adakah ini trend? Bukan ke perbuatan itu telah mencacatkan fizikal sebuah kereta? Sayang sekali kan bumper itu ditebuk buat lubang dan menampakkan bahagian dalam di sebalik bumber belakang. Pasti ada jawapan yang logik dan berteknikal di sebalik lubang yang dibuat itu. Continue reading

(13577)

e-Filing:Mudah,Tepat dan Selamat

 lhdn

Salam semua,

Kalian dah buat e-Filing? Masuk tahun ni, sudah 3 kali aku submit e-Filing di laman sesawan rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Kalian pasti sedia maklum tentang e-Filing kan? Bagi mereka yang belum tahu, e-Filing adalah satu kaedah mengisi dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara elektronik melalui internet.
Secara umumnya e-Filing terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

1) Ada Punca Pendapatan Perniagaan/Pekerja Berpengetahuan atau Berkepakaran
2) Tiada Punca Pendapatan Perniagaan

2 bahagian ini adalah yang biasa diisi oleh rakyat di Malaysia.

Macam aku ni, sudah pastilah isi borang yang nombor 2 tu. Continue reading

(3620)

Top Komentator Mac 2013

Salam semua,

Sudah lebih setengah bulan blog ini menyepi tanpa apa-apa entri. Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa dan mengapa?
Jawapan aku senang je, sibuk dengan kerja dan tak berapa rajin nak update blog. Walhal bermacam-macam peristiwa dan isu yang berlaku dalam hidupku serta persekitaranku.

Takpelah, apa yang berlalu biarkanlah ianya berlalu. Jadi sebagai bunga kepada kebangkitan semula aku untuk berblogging ni, aku dedahkan di sini pengomen tegar di muhamadyusri.com sepanjang bulan Mac yang lalu. Continue reading

(2161)