Author Archives: muhamad yusri

Retro Sabtu : Dibadai Asmara – Sera

Pada pagi Sabtu yang dingin begini, teringin aku melayan lagu-lagu retro. Jadi, untuk entri pertama Retro Sabtu, aku kongsikan satu lagu daripada kumpulan muzik rock yang popular pada tahun 90-an. Nama kumpulan ini adalah Sera. Berasal dari Kelantan.

Kumpulan Sera…popular dengan lagu Dibadai Asmara

Ahli-ahli kumpulan Sera terdiri daripada:

  • Oyee-Vokalis
  • Uban-Gitar
  • Kamil-Gitar
  • Rahim-Bass Gitar
  • Zulkifli-Dram

Satu-satunya album kumpulan Sera bertajuk ‘Sentuhan Rasa’ terbitan pada tahun 1991. Antara tajuk lagu yang terkandung di dalam album ini adalah seperti berikut: Continue reading

(5768)

Tazkirah Sempena Hari Raya Korban 1433 Hijrah / 2012 Masihi

Alhamdulillah.Syukur kepada Allah yang telah memanjangkan umur kita dan dapat lagi ketemu pada hari yang mulia ini.Tetapi ada di antara saudara-mara,sahabat dan jiran-jiran kita yang telah pergi terlebih dahulu kelmarin dan semalam.Hendak atau tidak,mati pasti akan tiba jua.Hanya masa sahaja yang menentukan,bilakah pula giliran kita!

“Ya Allah lanjutkan umur kami kerana kami takutkan mati dan berilah peluang lagi kepada kami untuk memperbanyakkan ibadah-ibadah kami.Sesungguhnya terlalu banyak dosa kami kepada Mu ya Allah….”

Selawat dan salam untuk Nabi Mu Muhammad Sollallahu alaihi wasallam.Kami memohon syafaat mu pada Hari Berbangkit nanti dan juga untuk ahli keluarga dan sahabat-sahabat mu…Allahumma solli ‘ala Muhammad.Wa’ala ali Muhammad.

Antara fenomena di akhir zaman nanti ialah RAMAI yang mengaku Islam,tetapi TIDAK RAMAI yang melakukan perbuatan-perbuatan yang sepatutnya dilakukan oleh orang-orang yang beragama Islam.Diantara yang ketara sekali ialah TIDAK SEMBAHYANG.

Tok Bilal sakit tekak melaungkan Azan.“HAIYA ‘ALASSOLAHHHH”.Mereka pula menjawab,“Hampa semayang ajalah….kami tak payahhh”.Masjid dibina makin besar dan luas,tetapi jemaah makin pudar dan tempias.Harapan kita moga di antara kita tidaklah sedemikian rupa.Semuanya baik-baik dan patuh belaka hendaknya.InsyaAllah. Continue reading

(2484)

Gomo Kelate Gomo

Kalimah keramat

Gomo Kelate Gomo! Satu kalimah keramat yang mana kini begitu lantang dilaungkan oleh semua peminat bola sepak tanahair umumnya dan anak-anak Kelantan khususnya. Lebih-lebih lagi bersempena perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 yang akan berlangsung pada malam ini di Stadium Shah Alam. Perlawanan di antara Kelantan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia tidak kira tua atau muda dan miskin atau pun kaya.

HOT! PROGRAM AFFILIATE JOB DIRUMAH

Pelbagai andaian dibuat mengenai pasukan yang akan menjuarai piala keagungan bola sepak negara. Ramai yang mengatakan Kelantan mempunyai kelebihan daripada segi pengalaman bermain di medan perlawanan akhir serta semangat juang yang tinggi di kalangan pemain serta para penyokongnya. Rakyat Kelantan di serata negeri pasti berpusu-pusu menuju ke Stadium Shah Alam bagi memberi sokongan yang padu kepada pasukan bola sepak Kelantan. Tidak kurang hebat juga dengan pasukan ATM. Kelayakan mereka sehingga ke peringkat akhir merupakan satu pencapaian yang amat luar biasa. Jika tiada kekuatan dari segi mental serta teknikal, mana mungkin mereka boleh sampai ke tahap itu. Continue reading

(8047)