Author Archives: muhamad yusri

Lagak Puteri Kembar di Taman Permainan

Petang tadi saya dan puteri kembar saya telah pergi ke taman permainan yang terletak tidak berapa jauh dari rumah kami. Hanya lebih kurang 5 minit sahaja dengan berjalan kaki, kami telah sampai ke taman itu. Sudah agak lama tidak membawa anak-anak saya ke taman. Setibanya di taman, saya hanya membiarkan puteri kembar bermain dengan apa saja permainan yang ada di situ. Continue reading

(527)

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Ke 2 Piala Malaysia 2011

Perlawanan bola sepak separuh akhir ke 2 Piala Malaysia 2011 malam tadi menyaksikan pasukan Terengganu menang dengan bergayanya apabila menewaskan pasukan Selangor 2-1.Terengganu yang berbekalkan kemenangan 2-0 pada perlawanan pertama separuh akhir di Stadium Shah Alam,ternyata begitu hebat untuk ditewaskan lebih-lebih lagi bermain di tempat sendiri yang dihadiri puluhan ribu penyokong skuad Penyu ini.Kemenangan Terengganu dengan aggregat 4-1 telah melayakkan pasukan ini ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada 29 Oktober 2011 nanti.Sekaligus menguburkan misi 33 Selangor untuk menjuarai Piala Malaysia. Continue reading

(503)

Nenda Pulang Ke Rahmatullah

 

Kubur nenda 'Mok Bidah'

 

Pada pagi Selasa 27 September 2011 , saya menerima berita tentang kematian nenda sebelah isteri saya iaitu emak kepada ibu mertua saya, ‘Mok Bidah’ yang tinggal di Kampung Pulau Besar,Palekbang,Tumpat,Kelantan. Saya dan keluarga bertolak dari Taman Bestari Indah,Ulu Tiram lebih kurang pukul 4.00 petang dan kami singgah di Kolej Komuniti Rompin untuk menjemput ‘Mok Dah’ iaitu adik ipar saya yang belajar di kolej itu pulang bersama-sama kami. Continue reading

(577)

Santai di Hutan Lipur Chemerong

Papan tanda di hadapan pintu masuk ke Taman Rekreasi Hutan Lipur Chemerong

Pada cuti  sempena Hari Raya Puasa yang lepas, saya berkesempatan pergi bersantai ke Hutan Lipur Chemerong yang terletak tak berapa jauh dari rumah mak dan ayah saya di Bandar Ketengah Jaya,Dungun. Ini adalah pertama kali saya sampai di sini setelah sekian lama mendengar cerita dari kawan-kawan yang telah pergi ke sini tentang keindahan panoramanya terutama sekali air terjunnya. Continue reading

(1260)