Sedapnya Ketupat Sotong

Salam Semua,

Tentu kalian pernah dengar tentang sejenis makanan yang dipanggil ketupat sotong kan? Bahkan mesti ramai juga antara kalian tertanya-tertanya apa itu ketupat sotong? Tidak pernah dengar pun nama ketupat ni? Dan pasti juga ada antara kalian pernah makan ketupat sotong ini tetapi sudah lama dulu. Masa kecil-kecil dulu. Mak yang masakkan ataupun jiran sebelah rumah yang berikan. Mungkin juga ada antara kalian baru sahaja makan petang semalam ataupun pada 2 minggu lepas. Isteri kalian yang buatkan ataupun tunang dan bakal tunang yang sediakan. Bagi mereka yang kenal dan pernah makan ketupat sotong ni pasti mempunyai cerita yang tersendiri samada suka ataupun duka.

Yeah! Pendahuluan yang baik untuk makanan yang terbaik! Entri kali ini aku ingin berkongsi dengan rakan serta pengunjung MY dot com yang dihormati mengenai salah satu makanan kegemaran aku. Ya, ketupat sotong. Kenapa aku kata ketupat sotong ni sedap? Sebabnya adalah rasanya yang unik. Cara pembuatannya juga agak menarik. Sesiapa saja yang melihatnya pasti tertarik.

Rentetan daripada perbincangan mengenai ketupat sotong ini di dalam bahagian komen di salah satu entri Pondok Kecil di antara aku, Hafizul PK dan juga
Hafiz telah memberikan ilham kepada aku untuk dijadikan entri. Jadi, aku suarakan keiginan aku untuk makan ketupat sotong kepada XYL. XYL kata OK jer jika semua bahan-bahan ada. Tanpa membuang masa aku pergi mendapatkan segala bahan-bahan yang diperlukan di Pasar S’mart Pandan.

Setelah semua bahan-bahan telah tersedia, XYL aku pun masaklah ketupat sotong ini. Manakala aku yang sememangnya ringan tulang ni pun turut sama membantu apa yang perlu dan tak perlu. Tak sampai satu jam siaplah masak ketupat sotong ni. Aku yang memang suka bebenor dengan ketupat sotong ni tak tunggu lama. Siap je masak terus menikmatinya dengan penuh berselera. Lama betul tak pekena ketupat sotong ni. Harmonics aku pun nampaknya suka juga makan ketupat sotong. Lepas ni bolehlah buat lagi.

Kalian pasti meleleh air liur kan baca entri aku ni. Telan air liur jer lah korang 🙂 . Kalau nak cuba buat sendiri ketupat sotong ni, silalah tengok resipi yang kat bawah ni:

Resipi Ketupat Sotong

Bahan-bahan yang diperlukan:

Sotong (sederhana besar dan suka hatilah nak berapa ekor pun)
Santan kelapa
Halba
Gula merah (orang Teganu panggil ‘nissang’,ore Kelate sebut ‘nisse’)
Bawang merah
Halia
Gula pasir (bukan pasir yang kalian main kat tepi pantai tu)
Garam
Beras pulut
Lidi

gula merah_Nisse

beras pulut

lidi untuk cucuk

Cara-cara membuatnya:

1) Basuh sotong-sotong tu. Kopek kulitnya (kalau tak nak kopek pun suka hati kalian lah…aku tak paksa. Tapi nanti kuah akan jadi merah)

Sotong dibuang kulit2) Lupa nak cakap. Terlebih dahulu kalian kena rendam dulu beras pulut dengan air selama beberapa jam (1~2 jam pun dah OK)
3) Hiris bawang merah dan halia kecil-kecil (orang kata dihiris mayang…orang katalah)

bawang merah_halia dimayang

4) Isikan beras pulut yang dah dibasuh dan direndam tadi ke dalam perut kalian sotong. Isi jangan sampai penuh pulak. Separuh pun dah memadai.

masuk beras pulut

5) Cucuk dengan lidi supaya sotong tidak terbuka. Jika terbuka apa akan jadi? Kalian pikirlah ye..

cucuk dengan lidi

sotong yang sedia untuk dimasak

6) Masukkan sotong dan santan ke dalam periuk. Panaskan dengan api sederhana besar.
7) Masukkan bawang merah, halia, halba, gula dan garam.
8) Rajin-rajinlah kacau ye supaya kuahnya tak berketul.
9) Lebih kurang 20~30 minit, kuah dah menggelegak maka dah masaklah tu ketupat sotong dan sedia untuk dihidang.

Hidangan ini boleh dimakan dengan nasi ataupun juga enak dimakan begitu saja. Rasanya lemak-lemak manis gitu. Selamat mencuba dan pastinya “terbaik!” bak kata Boboboi :-).

(1961)

About The Author

20 thoughts on “Sedapnya Ketupat Sotong

  1. hafizmd

    Ambe dgn lajunya menunjukkan resepi ni kat isteri…hehehe

    Terima kasih boh! Ambe rase dak dang esok lusa, adalah bau ketupat sotong dumoh ambe ni…

    Nissang…hehehe…feveret ambe tuh…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *