Tag Archives: makanan Pantai Timur

Tapai Pulut Daun Getah

Ermmm.

Tapai pulut ni amat sinonim dengan Hari Raya. Jika di sebelah Pantai Timur, tapai pasti menjadi salah satu hidangan wajib. Actually, tapai pulut ni adalah salah satu makanan tradisi turun-temurun. Rakan karibnya ialah ketupat daun palas. Pelbagai jenis daun boleh digunakan untuk membungkus tapai pulut ni. Daun pisang, daun rambai, daun jambu air, daun keladi, daun koko dan daun getah.

Tetapi bungkusan yang paling unik bagi aku adalah daun getah kerana ianya mempunyai 3 helai daun pada setiap tangkai. Jadi ada 3 biji tapai lah untuk setiap tangkai.

tapai pulut daun getah

Tapai pulut daun getah 3 serangkai

Rasa tapai pulut ni sangat manis walaupun tidak dicampur dengan gula semasa proses membuatnya.
Banyak pantang larang yang mesti diikuti untuk mendapatkan rasa tapai yang terbaik. Continue reading

(5953)

Sedapnya Ketupat Sotong

Salam Semua,

Tentu kalian pernah dengar tentang sejenis makanan yang dipanggil ketupat sotong kan? Bahkan mesti ramai juga antara kalian tertanya-tertanya apa itu ketupat sotong? Tidak pernah dengar pun nama ketupat ni? Dan pasti juga ada antara kalian pernah makan ketupat sotong ini tetapi sudah lama dulu. Masa kecil-kecil dulu. Mak yang masakkan ataupun jiran sebelah rumah yang berikan. Mungkin juga ada antara kalian baru sahaja makan petang semalam ataupun pada 2 minggu lepas. Isteri kalian yang buatkan ataupun tunang dan bakal tunang yang sediakan. Bagi mereka yang kenal dan pernah makan ketupat sotong ni pasti mempunyai cerita yang tersendiri samada suka ataupun duka. Continue reading

(1950)