Tag Archives: enjin tak boleh start

Suatu Pagi di Lebuh Raya Senai-Desaru

Lebuh raya Senai-Desaru atau pun Senai Desaru Expressway (SDE), kini menjadi antara laluan jalan raya utama di Johor. Lebuhraya yang menghubungkan di antara Senai, Ulu Tiram,Pasir Gudang dan Kota Tinggi ini juga dikenali dengan nama E22.

Selain menjadi jalan utama di Johor, SDE juga mempunyai daya tarikan tersendiri iaitu sebuah jambatan yang merentasi Sungai Johor yang tersergam indah dan begitu gah sekali binaanya.Walaupun tak sepanjang jambatan Pulau Pinang, tetapi warga Johor kini sudah tidak perlu bersusah payah pergi ke Pulau Pinang lagi kerana di SDE pun ada jambatan seumpama itu.

Jambatan Senai Desaru Expressway

Jambatan SDE tersergam indah merentasi Sungai Johor

Continue reading

(1241)

Fuel Pump Buat Hal

Sungguh tak ku duga, hari ini dompetku yang sememangnya dah kempis akan semakin kempis dan nipis. Ini semua gara-gara jalopy 4G18P aku buat hal. Begini ceritanya…

Petang tadi selepas balik dari kerja,sebelum sampai rumah singgah kejap kat kedai runcit. Selepas membuat baik punya side parking, belum sempat aku matikan enjin tiba-tiba enjin dah mati dengan sendirinya. Aiii…apasal enjin mati ni? Nak kata aku terlepas tekan clutch sebelum free gear tak pulak. Kalau tak buat malu jer…hehehe. Aku pun try hidupkan enjin. Sekali try tak hidup. Try lagi berkali-kali, pun tak berjaya juga. Aku pun mula mencongak sejenak, bateri baru je tukar 5 bulan lepas. Takkan dah ‘kong’ kot? Tanda-tanda nak ‘kong’ pun belum ada lagi. Tengok meter minyak, masih ada satu takuk sebab aku baru je isi RM20 tadi. Continue reading

(13445)