Jalan-jalan Batu Layar

Pantai Batu Layar pada hari bukan cuti umum

Cuti Tahun Baru Cina.Apa perancangan anda sempena hari cuti ini ya? Tidak kiralah anda bujang atau sudah berkeluarga.Jika orang bujang mungkin ada perancangan untuk beraktiviti bersama rakan-rakan,teman istimewa,tunang ataupun mungkin jua lebih selesa bergerak secara solo.

Manakala bagi mereka yang sudah berkeluarga pasti tidak akan melepaskan peluang begini untuk bersama-sama isteri serta anak-anak samada pergi bercuti, membeli-belah ataupun melakukan sebarang aktiviti riadah yang boleh mengeratkan lagi ikatan kasih sayang kekeluargaan.Tidak kurang juga mengambil keputusan untuk bersantai di rumah sahaja mungkin kerana malas untuk menempuh kesesakan jalan raya semestinya serta hiruk-pikuk di tempat-tempat awam.Saya telah mengambil keputusan untuk membawa isteri dan anak-anak pergi berkelah ke Pantai Batu Layar,Kota Tinggi yang mana tempat ini memang menjadi favourite kami sejak dari dulu lagi.Pantai yang indah,nyaman dan jauh dari hiruk-pikuk kota.

Kami bertolak ke Pantai Batu Layar agak lewat juga iaitu lebih kurang pukul 12 tengahari. Seperti biasa saya melalui lebuh raya Senai-Desaru (SDE) untuk ke sana. Ini adalah kerana saya dapat menjangkakan akan kesesakan jalan di Kota Tinggi disamping untuk menjimatkan masa ke sana.

Setibanya di Pantai Batu Layar, saya agak terkejut juga kerana keadaan terlalu sesak dengan kenderaan serta orang ramai di sekitar pantai. Lebih kurang setengah jam juga saya mencari tempat parking kereta.

Sungguh ramai orang bermandi-manda di pantai pada hari itu

Setelah memilih kawasan yang sesuai untuk dijadikan tempat bersantai dan berkelah, kami meletakkan semua barangan yang di bawa dan memulakan santapan pertama iaitu mihun goreng dimakan bersama keropok goreng. Semua makan dengan berselera sekali dek kerana belum bersarapan lagi sejak dari pagi tadi.

Sarap dengan mihun goreng

Selepas siap makan mihun goreng, saya pun mula menghidupkan api untuk acara BBQ ayam pulak. Memang tak sabar rasanya almaklumlah ini adalah kali pertama berBBQ di tepi pantai. Bagi XYL saya pulak, ini juga merupakan kali pertama beliau membuat serta menyediakan BBQ ayam ini setelah memperolehi resepi dari kakaknya.

Sementara saya sibuk menghidupkan api bersama adik ipar saya Nordin, XYL saya berserta harmonics pergi ke pantai untuk bermandi-manda. Seronok sekali mereka bermain-main di pantai bersama-sama pelampung yang baru di beli di Bandar Penawar tadi.

Setelah api mula berbara, saya pun memulakan acara membakar ayam BBQ. Teruja sungguh perasaan ini ketika meletakkan ketulan ayam yang sudah diperap sejak malam tadi di atas jejaring dawai pembakar BBQ. Leka dengan keadaan sekeliling, melihat keriuhan suasana di tepi pantai sehingga tak tersedar ayam-ayam BBQ sudah hampir rentung.

Setelah siap semuanya, acara santapan kedua pula berlangsung dengan jayanya iaitu nasi putih berlauk ayam masak merah berserta ayam BBQ. Semua makan dengan berselera sekali.

Selepas selesai makan nasi serta meratah ayam BBQ, saya pun turut sama ke pantai untuk acara membasahkan badan atau dengan kata lain bermandi-manda.

Danial begitu seronok bermain dengan pelampung

Hampir 1 jam juga saya bermain di pantai dengan XYL dan harmonics. Setelah merasakan sedikit kepenatan dan keadaan langit pun makin suram seakan hujan bakal turun,saya ambil keputusan untuk naik dan berkemas semua barangan. Setelah selesai menyalin pakaian, kami pun bertolak pulang. Dalam pada itu saya lihat masih ramai lagi orang yang baru sampai dan memasang khemah di sekitar Pantai Batu Layar.

Seronok sungguh acara perkelahan kali ini. Jika ada peluang pasti akan datang lagi lain kali.InsyaAllah…

(2421)

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *