Category Archives: General Info

Sedikit Info Tentang Jelly Bunny

Jelly Bunny.

Apa benda ni? Sumi Jelly manis dikacukkan dengan Bugs Bunny ke apa? Macam sedap je. Macam best je…haha. Sebenarnya aku baru je dengar pasal ni. Itu pun sebab XYL aku yang duk selalu cerita pasal benda ni dan juga ada orang duk share kat FB. Benda apa sebenarnya Jelly Bunny ni? Senang cerita Jelly Bunny ni adalah satu jenama kasut yang diperkenalkan oleh Injected Republic (Thailand) Co.,Ltd. Pada tahun 2011. Kasut diorang ni diperbuat daripada material semi-transparent.

Selesa ke pakai kasut ni? Aku tak tahu sebab aku tak pernah pakai kasut ni. Dah la ini kasut pompuan. Tapi rata-rata komen daripada mereka yang pernah pakai mengatakan kasut ni adalah yang paling selesa dalam banyak-banyak kasut.

Kasut Jelly Bunny

Sumber:Google Image…Kasut Jelly Bunny

Kasut Jelly Bunny ni didatangkan dari Thailand dengan pelbagai design. Ada pelbagai potongan dan juga saiz. Setiap design juga mempunyai nama yang unik juga.

Meh tengok kenapa kasut Jelly Bunny ni teramat selesa. Continue reading

(4626)

Sekolah Bermula Untuk Tahun 2014

Sesi persekolahan untuk tahun 2014 telah bermula hari ini setelah lebih 1 bulan bercuti. Ibu bapa lah antara yang paling sibuk dalam melengkapkan serta menyediakan keperluan persekolahan anak-anak. Manakala anak-anak melonjak keriangan bukan kerana sekolah telah bermula tetapi kerana segala pakaian dan kelengkapan sekolah mereka telah ditukarkan dengan yang baru. Entah berapa kali duk try kasut baru sejak mula beli sehinggalah sekolah nak bukak.

Memang biasa tu, aku dulu pun macam tu jugak. Tak sabor nak tunjuk kat kengkawan beg sekolah ‘Ninja Turtle’ yang baru. Kasut sekolah ‘sinaran’ yang ada reflector kat bahagian belakang. Bersinar-sinar apabila terkena cahaya.

Danial pada hari pertama persekolahan 2014

Continue reading

(1656)

Marshall atau Marshal?

Marshall atau Marshal?

Apesal tiba-tiba persoalan ini yang keluar sebagai entri kat blog yang dah bersarang hampir sebulan lamanya? Macam dah takde benda lain yang hendak dipersoalkan lagi.Ha ha.
Apa-apa pun, ini blog aku. Suka hati aku lah nak buat apa pun.
Domain aku yang bayar tiap-tiap tahun.
Hosting pun bukan jiran aku yang setelkan apabila nak sampai expiry date.

spider web

Marshall pada aku adalah satu jenama yang memang tidak asing lagi untuk produk sound sytem dan juga sound amplification. Ianya amat sinonim dengan gitar elektrik. Jadi apa yang aku tahu tentang Marshall adalah ianya satu peralatan yang sangat popular untuk peminat serta penggemar kepada gitar elektrik. Biasa orang sebut gitar current. Kalau bercerita tentang gitar ni pasti tidak sah kalau tak sebut nama-nama pemain gitar kegemaran aku sama ada di dalam mahupun luar negara. Continue reading

(4386)

e-Filing:Mudah,Tepat dan Selamat

 lhdn

Salam semua,

Kalian dah buat e-Filing? Masuk tahun ni, sudah 3 kali aku submit e-Filing di laman sesawan rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Kalian pasti sedia maklum tentang e-Filing kan? Bagi mereka yang belum tahu, e-Filing adalah satu kaedah mengisi dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara elektronik melalui internet.
Secara umumnya e-Filing terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

1) Ada Punca Pendapatan Perniagaan/Pekerja Berpengetahuan atau Berkepakaran
2) Tiada Punca Pendapatan Perniagaan

2 bahagian ini adalah yang biasa diisi oleh rakyat di Malaysia.

Macam aku ni, sudah pastilah isi borang yang nombor 2 tu. Continue reading

(3572)