Category Archives: Blogging

Give away Template WordPress Premium Dari AzmanIshak.Com

OK. Saudara Azman Ishak dengan berbesar hatinya ingin memberi Template WordPress Premium secara percuma dengan hanya membuat satu entri ringkas mengenai mana-mana entri dalam AzmanIshak.Com yang bermanfaat bagi korang.
Aku telah memilih entri yang bertajuk ‘Cara atasi masalah gelembung pada printer topup ink’.

Giveaway Blog AzmanIshak

Continue reading

(1795)

Komen dan Spam Komen

Ya.Penat sikit hari ni.Lepas ambil XYL dari tempat kerja dia,aku bawak dia dan harmonics pergi makan chicken chop yang mana merupakan salah satu makanan feveret kitorang sejak 2 menjak ni.

Perut dah kenyang baru rajin sikit nak bukak laptop untuk mengadap blog-blog sambil-sambil buat blog walking.

Hari ini semasa di dashboard wordpress aku, ada sesuatu yang menarik perhatian aku. Ia adalah angka komen terkumpul sejak penubuhan muhamadyusri dot com, sungguh tak disangka-sangka ianya telah menerima 47901 komen dari pembaca blog.Terima kasih buat semua yang sudi singgah dan komen di blog ni. Continue reading

(1022)

Top Komentator Bulan Ogos 2014

Diam tak diam sedar tak sedar,kini sudah pun memasuki bulan September.Sweet September.Sweet ker???Apa yang sweetnya?Kita tunggu dan lihatlah apa yang bakal berlaku.Harapnya memang sweet-sweetlah belaka.Hu hu hu.

Bulan Ogos.Ya, ianya sudah pun berlalu.Apa yang pastinya ia tidak akan berulang kembali.Terima dan redha sajalah apa yang terjadi.Perkara yang baik harus dikekalkan dan ditambah baikkan lagi.Manakala perkara yang kurang baik wajib dijadikan sempadan dan dijadikan iktibar agar tidak berulang kembali pada masa akan datang. Continue reading

(1659)

Malaskah aku?

Tiba-tiba aku bertanya pada diri-sendiri.Malaskah aku?Kenapa aku menjadi pemalas?Susah ke nak buang sifat malas?Kenapa malas-malas?Cuba jangan jadi seorang yang pemalas!

Ahhh!Malaslah aku nak sebut lagi pasal malas ni.Memang dasar pemalas.Ha ha ha.

Aku bukanlah seorang yang pemalas seperti yang korang fikirkan.Akulah orang paling rajin sekali.Terlalu banyak kalau nak ceritakan pasal kerajinan aku.Biarlah aku pendamkan dulu.Tak payah lah korang tahu.Takut nanti ada pulak yang tak percaya bahawa aku ni lebih rajin daripada korang dan jiran sebelah rumah korang.Tak pasal-pasal korang jeles.

Malas update blog

Continue reading

(1020)