Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
First Name dan Last Name PayPal membuatkan aku termanggu sebentar. Beberapa hari yang lepas aku ada sign-up akaun untuk PayPal baru aku. Oleh kerana sudah terlalu lama aku sign-up akaun PayPal, jadi aku sudah tidak pasti bagaimana untuk letak first name dan last name. Hmm… bagaimana pula mahu letak middle name? Seperti kebanyakan orang Melayu nama kita ada ‘bin’ dan ‘binti’. Adakah bin atau binti middle name kita?
“Ahh… hentam sajalah, apa aku kesah?”. Salah! Korang tidak boleh ambil acuh tidak acuh dalam pengisian nama dalam sign up PayPal korang kerana Nama itu identiti yang menghubungkan kepada kad credit/debit dan pengesahan nama pada akaun bank tempatan. Oleh itu ia kena tepat, rugi la kalau duit masuk ratus-ratus dollar tapi stuck bila nak withdraw ke bank. Continue reading
(21159)