Selamat Hari Lahir Buat Aku

Ermmm…

Korang tahu tak hari ni hari apa? Ha ah…memanglah hari Khamis. Esok hari Jumaat.Huhu.
Alah, tak cerita pun tak pe. Baca tajuk entri ni pun dah tahu.

Ye…hari ni dah genap usia aku 35 tahun. Selamat Hari Lahir Buat Aku.
Alhamdulillah, Allah masih memberikan aku peluang untuk bernafas di atas muka bumiNya. InsyaAllah akan aku laksanakan ibadah dan perintahnya dengan sesempurna mungkin dan meninggalkan segala laranganNya. Amin…

Apa yang menariknya hari ni? Kalau tahun lepas aku dan family pergi ke Melaka kerana aku menduduki peperiksaan RAE. Tahun ni aku dan family meraikan hari bahagia ni di Marrybrown Johor Jaya je.

Best jugak makan kat sini. Ini first time kali pertama aku datang. Persekitaran dan kemudahannya menarik. Pekerjanya pun boleh tahan mesra pelanggan jugak. Ada tempat kanak-kanak boleh bermain. Jadi, seronoklah kalau bawak anak-anak sebab diorang boleh bermain sampai lupa untuk makan.

Marrybrown Johor Jaya

Marrybrown Johor Jaya…persekitaran yang selesa

my harmonics

Danial and my twin princess…seronok main kat sini

Hadiah? Sungguh istimewa dan sudah tentunya dari my beloved wife iaitu sebiji cheese cake. Hehe…
Terima kasih tak terhingga buat XYL aku dan juga harmonics aku. Kalian memang buah hati pengarang jantung aku. Kasih sayang aku buat kalian tiada penghujungnya.

My Birthday Cake

My Birthday Cake…selamat hari tua…huhu

Tak nak citer panjang sebab dah lama sangat aku tak merapu dalam blog ni. Sibuk sesangat…huhu. Jemputlah tengok santapan kami pada malam tadi.

santapan my birthday

Santapan hari lahirku…macam sedap je…

Adios…73.

(1288)

About The Author

7 thoughts on “Selamat Hari Lahir Buat Aku

  1. Hafizul

    Weiii la macam mana kawe boleh terlepas pandang ni..haha..selamat hari tua..semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia serta berbahagia bersama keluarga tercinta..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *