Mencari Kesempurnaan Dalam Solat

Alhamdulillah syukur kepada Allah…dipanjangkan lagi umur kita untuk hidup sehari lagi…TETAPI jangkamasa kita untuk mati telah dipendekkan sehari lagi…syukur kepada Allah yang telah memberikan kita rezeki yang banyak dari pelbagai punca dan sumber….Allah telah memberikan kita nikmat untuk merasai rezeki itu…nikmat manis, pahit, pedas….bila kita minum dan makan….nikmat kenyang dan haus….dengan anggota yg diberi kita dapat merasai sesuatu….rasa sakit….rasa gembira…rasa sedih…..rasa boring…dan macam-macam lagi…tapi yang lebih penting ialah nikmat IMAN DAN ISLAM…..

Kalaulah nikmat-nikmat ini Allah cabut atau tarik balik daripada kita…APA AKAN JADI ????? Continue reading

(860)

Pasal Road Tax dan Insurans Kereta

Apabila bercerita tentang Road Tax kereta,bermacam-macam perkara berlegar-legar di dalam kepala.Pasal Insurans…pasal saman…pasal geran…dan macam-macam lagi lah.

Jika sentuh pasal geran kereta.Kebiasaannya,jika bayaran ansuran bulanan pinjaman kereta cantik (tiada sangkut atau tunggakan),selepas 2 tahun,owner kereta sudah boleh memohon untuk keluarkan geran kereta dan terus simpan (ada juga 6 bulan tetapi jarang,setahun biasa dan ada juga sampai 5 tahun baru boleh buat keluar).Tetapi pihak bank amat susah hendak serahkan geran jika payment asyik lapse lebih 2 bulan dan pernah ada record kena tarik. Continue reading

(7763)

Apa Makna ‘Das Auto’?

Volkswagen memiliki teknologi yang boleh menyaingi kehebatan BMW dan Mercedes.Malah dalam banyak kes, model Volkswagen ini lebih berkualiti jika dibandingkan dengan dua jenama tadi.Cuma Volkswagen ini mungkin mempunyai masalah dengan imej dan rekabentuk.Orang ramai masih lagi mengingati model Beetle apabila dengar nama Volkswagen. Model Beetle sudah amat sinonim dengan Volkswagen.

Volkswagen nampaknya sekarang ini telah cuba bersungguh-sungguh untuk menembusi pasaran Malaysia.Boleh dikatakan sekarang ini selalu sangat keluar iklan untuk model Polo dan Golf di kaca Television.

Anda tahu apa makna slogan ataupun tagline Volkswagen ‘Das Auto’ di dalam iklan itu?

Secara umumnya ‘Das Auto’ adalah perkataan daripada Bahasa Jerman.Di dalam Bahasa Inggerisnya adalah ‘The Car’.Manakala di dalam Bahasa Melayu pula membawa maksud ‘Kereta’.

Apakah tujuan Volkswagen memperkenalkan tagline ini? 

Tujuannya adalah lebih kurang sama dengan cara Coca-cola iaitu ‘cola soft drinks’ dan Hoover ‘the vacum cleaner’.
Walau bagaimanapun,kemungkinan orang ramai akan mula menyebut ‘VW’ bila mereka mahu sebut kereta.Huhu…

(1420)

Happy Birthday to Me!

Hari ini genap 32 tahun umur saya.
Alhamdulillah…syukur kepada Allah S.W.T diatas kurniaNya dapat saya meneruskan kehidupan ini dengan baik serta sempurna.Tiada apa yang hendak diungkapkan di sini. Saya memohon kepada Allah S.W.T agar mengampunkan segala dosa saya kepada kedua ibu bapa saya,isteri saya,ahli keluarga saya serta sanak saudara dan rakan taulan. Kurniakan saya kesihatan tubuh badan yang baik dan peliharalah saya serta keluarga saya dari segala perkara-perkara mungkar dan kejadian yang tak diingini.

Semoga saya dan keluarga saya dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia.

Amin Ya Rabbal Alamin…

(429)

Keputusan Peperiksaan PMR 2010

 Pengumuman mengenai tarikh keputusan PMR 2010 telahpun diwar-warkan melalui akhbar tempatan pada 16hb Disember 2010 yang lepas. Tarikhnya adalah pada 23 Disember 2010. Cuma tinggal 5 hari saja lagi untuk para pelajar tingkatan 3 mengetahui sejauh mana prestasi pelajaran mereka selama 3 tahun di alam sekolah menengah. Debaran pasti dirasai para pelajar dan ibubapa di seluruh Malaysia terutama pelajar yang mengambil PMR itu.

Kenapa post saya pada kali ini mengutarakan tentang keputusan PMR yang bakal diumumkan beberapa hari nanti? Ini adalah kerana saya merasakan bahawa topik ini juga boleh dikategorikan sebagai isu semasa yang harus diketengahkan juga di dalam blog.

Kepada para pelajar yang mengambil peperiksaan ini, teruskan dengan solat hajat anda dan berdoa setiap hari agar keputusan yang bakal anda terima nanti adalah seperti yang anda harapkan. Tenangkan fikiran dan jangan terlalu stress memikirkan tentang keputusan PMR itu. Anda telah buat apa yang sepatutnya, anda pasti akan dapat apa yang dihajatkan. InsyaAllah…

Kepada ibu bapa serta penjaga, teruskan memberi support kepada mereka. Jangan meletakkan harapan yang melangit tinggi. Cukuplah dengan doa dan kata-kata semangat bermotivasi agar mereka sedar bahawa mereka sentiasa dihargai dan disayangi.

Bersama-sama kita nantikan keputusan PMR itu nanti…Good Luck!

(412)