Cerita di sebalik Papan Tanda

Antara sedar dan tak sedar, sebenarnya sudah 6 tahun lebih saya bekerja di *saltmine ini. Itupun jika dicampur bilangan tahun setelah 3 kali keluar masuk.Ha ha ha…

Entah mengapa hari ini semasa pergi ke surau,papan tanda yang dipasang pada dinding kantin menarik perhatian saya.Sebenarnya surau di saltmine saya ni ada 2 buah. 1 terletak di bahagian Production dan 1 lagi di dalam kawasan kantin. Surau yang saya nak ceritakan ni adalah yang terletak di dalam kawasan kantin.
Padahal,tiap-tiap kali ke surau ni saya pasti tengok papan tanda ni. Hari ini entah macam mana terlintas di benak fikiran saya untuk menulis pasal papan tanda ni.

Cuba anda lihat papan tanda  di bawah ni. Apa yang anda fikirkan? Kongsikan pendapat anda pada bahagian komen ye…

Pasti ramai yang berkata,”Weh!Surau pun ada untuk VIP dan tak VIP ker?!”
Padahal,surau adalah tempat untuk beribadah. Tempat kita umat Islam menunaikan sembahyang. Tak kira kita ni VIP ker,VVIP ker,GM ker,Engineer ker,operator ker,kerana di sisi Allah semua sama sahaja.
Apa motif sebenarnya ayat pada papan tanda surau ni?Siapakah yang buat papan tanda ini?Adakah ini perang psikologi buat kita orang Islam?

Cuba renung-renungkan dan selamat beramal…

*saltmine = tempat kerja,satu lagi slang di dalam radio amatur.

(611)

Sarapan Pagi Esok-Laksam

Isi Laksam

Isi Laksam

Semasa dalam perjalanan balik daripada kerja petang tadi,*XYL saya beritahu yang Danial (anak sulung kami) teringin nak makan laksam.Jadi,sebelum sampai rumah,singgahlah kejap kat kedai runcit beli barang-barang untuk buat laksam.
Gambar di atas tu adalah laksam yang baru saja siap dikukus.Saya selaku pengukus laksam,manakala xyl saya telah menyediakan kuah untuk laksam ni.

Laksam

Sedia untuk dimakan-Laksam

Inilah rupa laksam yang sudah siap dihidangkan dan sedia untuk dimakan.Memang sedap dan menyelerakan.Laksam ni memang favorite saya sekeluarga.XYL saya memang selalu buat laksam ni.Jika di sebelah pantai timur,laksam memang cukup popular.Sama seperti nasi dagang,nasi kerabu dan sebagainya.Menjadi juadah untuk sarapan pagi.

Di sini saya kongsikan resepi laksam yang menjadi resepi turun-temurun daripada keluarga XYL saya.

  
Isi Laksam:
Tepung beras dibancuh dengan air.Kemudian dikukus.
Kuah:
Ikan selayang direbus (yang disyorkanlah…kalau takde,ikan lain pun boleh)
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Kelapa (santan)
Ulam:
Daun Kesum
Timun
Kobis
(apa-apa ulam pun boleh mengikut selera masing-masing)

*XYL- apa benda ni? Sila baca DI SINI.

(496)

Bagaimana Hendak Mengenali Madu Asli

Tips ini saya dapat daripada kawan xyl saya.
Dia telah berkongsi dengan saya petua macam mana nak tahu madu lebah yang dibeli itu madu asli atau madu campuran atau tiruan. Cara-caranya adalah seperti di bawah:

1. Terbalikkan botol yang berisi madu itu. Kita akan nampak hanya satu gelembung saja yang ada. Kalau lebih daripada satu termasuk gelembung yang kecil-kecil, ini bermakna madu itu adalah madu campuran.

2. Apabila botol diterbalikkan,bahagian bawah botol itu kelihatan amat bersih.Jika nampak serpihan larutan dekat bawah tu bermakna madu itu bukan madu asli.

Sebenarnya ada banyak lagi petua lain-lain, macam titiskan madu dalam pinggan. Apabila digoncang perlahan-lahan pinggan itu akan nampak bentuk sarang lebah dan sebagainya.

Selamat membeli madu asli….

Pesanan saya – amalkan minum campuran madu dengan air suam pada awal pagi sebelum sarapan.
Madu asli ini juga boleh digunakan sebagai ubat menghentikan batuk untuk kanak-kanak dengan berkesan. InsyaAllah…

(1718)

Khasiat Daun Ketumbit

Daun ketumbit ni mungkin ramai yang mengenalinya dan mungkin juga ramai yang tidak kenal bagaimana rupa pokoknya.

Pokok daun ketumbit ini boleh dikategorikan sebagai pokok herba juga. Ianya tumbuh meliar dan merata di kawasan tanah di kampung khususnya. Mungkin ada yang perasan dan ada yang tidak perasan akan kewujudan pokok ini. Saya sendiri pun kadang-kadang tertukar dengan pokok-pokok yang lain yang seakan-akan sama dengannya.

Pokok daun ketumbit ini juga mempunyai bunga kecil berwarna putih. Daunnya jenis memanjang dan agak tirus.

Apakah sebenarnya khasiat daun ketumbit ini? Orang tua-tua dulu mengatakan daun ini boleh dibuat ubat anak-anak kecil yang ada lelah atau batuk.


Di hadapan rumah saya ada beberapa rumpun pokok daun ketumbit yang tumbuh dengan segar sekali.
Sebenarnya pokok ini bukanlah tumbuh dengan sendirinya, tetapi memang dengan sengaja saya tanam. Benih pokok ini saya bawa dari kampung *xyl saya (Jeram Tekoh,Gua Musang). Saya taburkan di atas ruang tanah di depan tembok pagar yang tak seberapa luasnya. Mujur ianya tumbuh dengan baik sekali tanpa perlu menjaganya.

Tujuan saya menanam pokok daun ketumbit ini adalah untuk dijadikan ubat buat puteri kembar saya (Kakak dan adik) bilamana mereka sakit perut yang disebabkan oleh cacing di dalam perut.

Bagaimana cara untuk menyediakan ubat daripada daun ketumbit ini?
Petik beberapa helai daun ketumbit ini dan campurkan ia dengan sedikit kapur makan. Kemudian uparkannya di tapak tangan dan kemudian lumurkan pada bahagian perut dan bahagian belakang anak-anak yang sakit perut kecacingan. Jika anak-anak yang lelah atau batuk pula sapukan daun yang dah diupar dengan kapur makan tadi pada bahagian tekak. Ini adalah usaha dan ikhtiar kita untuk mengubati penyakit. Hanya Allah sahaja yang boleh menyembuhnya. InsyaAllah…

Nota:*xyl = isteri,istilah yang digunakan dalam slang radio amatur.

(15475)

Macam Mana Hendak Kusyuk Dalam Sembahyang?

Foto credit to iziblog

Alhamdulillah to Allah Almighty yang telah menghidupkan kita lagi pada hari ini walalaupun ada di antara kawan-kawan kita yang telah pergi untuk selama-lamanya pada malam tadi.Allah masih sayang pada kita tetapi kita sahaja yang tidak mahu rapat dengan Allah.Allah menyuruh kita menunaikan solat, kita berdolak-dalih dengan memberi pelbagai alasan…kurang sihatlah…tak terjagalah…pakaian kotorlah….masa tak ada lah…INGAT!Hadis Nabi ada mengatakan bahawa orang-orang Islam yang SENGAJA tidak mengerjakan solat,apabila ia mati nanti ditakuti matinya itu sebagai Nasrani atau Yahudi!Nauzubillahi minzaliq!Ingatlah itu….

Masalah utama dalam solat ialah MACAM MANA HENDAK KUSYUK DALAM SEMBAHYANG? Continue reading

(1079)