Category Archives: Event

Selamat Hari Lahir dan RAE 2012 Siri 2

34 tahun

Salam semua,

Hari ini genap umurku 34 tahun. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya aku masih lagi dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik. Apa agaknya yang istimewa pada hari ulang tahun kelahiranku tahun ini? Tiada apa-apa yang istimewa rasanya. Cuma aku telah mengambil cuti sempena hari ulang tahun kelahiran aku ini. Kenapa? Nak celebrate dengan family ke? Huhu…

Takdalah, aku ambil cuti kerana hari ini aku telah ke Melaka untuk menduduki peperiksaan Radio Amatur (RAE). Peperiksaan ini telah di adakan di MITC, Ayer Keroh, Melaka. Aku pergi satu family sambil-sambil bawak XYL dan harmonics jalan-jalan.

Continue reading

(2688)

Selamat Hari Lahir Buat Isteriku

Salam semua,

Hari ini adalah hari yang amat istimewa buat ku kerana telah genap 30 tahun usia isteriku. Kebiasaanya di dalam entri-entri aku yang lain, aku sebut XYL untuk isteri. Hari ini juga merupakan hari pertama isteriku memulakan kerja di tempat barunya.

Dikesempatan ini aku ingin lahirkan ucapan selamat menyambut hari lahir yang ke-30 buat isteriku, semoga sihat walafiat selalu, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan gembira di tempat kerja yang baru. InsyaAllah…Amin…

Diharapkan bergembira pada hari bahagia ini..muah-muah 🙂 .

Antara hidangan yang berjaya disediakan pada hari kejadian

(2551)

Hari Ulang Tahun Perkahwinan

Salam Semua,

Hari ini 19 Julai 2012, genaplah usia ikatan perkahwinan aku dan XYL yang ke 9 tahun.

Alhamdulillah segala kesenangan dan kesusahan dapat kami harungi bersama dengan penuh kesabaran.

Pengalaman banyak mengajar kami di dalam menempuhi hidup di alam rumah tangga. Pahit dan manis adalah lumrah di dalam kehidupan bekeluarga. Continue reading

(1420)

Lunch Gathering Sebelum Tahun Baru Cina 2012 @ Master Chef,Taman Gaya

Tiba jua masanya untuk saya dan kawan-kawan di dalam Engineering Department menikmati hidangan makan tengahari yang sedap bersempena Tahun Baru Cina 2012. Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina. Tahun ini merupakan tahun Naga dalam kelendar Qamari Cina. Saya tak nak bercerita panjang tentang Tahun Baru Cina, tetapi apa yang paling penting adalah lunch hari ini ianya disponsored oleh ‘Boss-boss’ kami. Continue reading

(1293)

Christmas Lunch 2011

Hari ini syarikat tempat saya bekerja dengan murah hatinya telah menyumbangkan makan tengahari percuma sempena Hari Krismas 2011.

Di bawah adalah beberapa keping gambar ketika saya dan rakan-rakan satu ofis menikmati hidangan makan tengahari tersebut. Menu kali ini adalah Nasi Beriyani dan karipap.Layan…. Continue reading

(530)