Lunch Gathering Sebelum Tahun Baru Cina 2012 @ Master Chef,Taman Gaya

Tiba jua masanya untuk saya dan kawan-kawan di dalam Engineering Department menikmati hidangan makan tengahari yang sedap bersempena Tahun Baru Cina 2012. Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina. Tahun ini merupakan tahun Naga dalam kelendar Qamari Cina. Saya tak nak bercerita panjang tentang Tahun Baru Cina, tetapi apa yang paling penting adalah lunch hari ini ianya disponsored oleh ‘Boss-boss’ kami.

Tahun lepas (2011), lunch gathering telah diadakan di Restoran Daiman Pekin, Johor Jaya. Manakala tahun ini, tempat kejadian adalah di Kafe Master Chef, Taman Gaya. Lunch kali ini adalah buffet style. Makanlah sebanyak mana pun yang mampu dimakan. Menu pada hari ini adalah campuran western food dan eastern food.

 

Saya tak ambil banyak mana pun makanan hari ini, cukup setakat tiga jenis hidangan. Itupun dah rasa kekenyangan.

 

Pencuci muka...hehehe..buahan dan sup cendawan

Spagetti (betul ke ejaan nih) berudang

Hidangan salad ikan mentah lambung iaitu yee sang, turut disediakan. Semua berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau tersebut.

Yee sang

Beginilah rupa Yee sang selepas acara melambung

Lunch hari ini terasa jugalah happeningnya. Dengan telatah kawan-kawan serta boss-boss yang sungguh sporting sekali.

Selepas acara makan-makan selesai, semua dah kenyang. Perut masing-masing pun dah macam mengandung 5 bulan, sesi foto shooting pulak…macam-macam aksi boleh dilihat. Lagi havoc acara ini…huhuhu.

Saksikanlah beberapa keping foto daripada lensa camera Canon Digital Ixus saya yang banyak berjasa ini.

Engineering Team

 

Manufacturing Team

Engineering Clerks

Jika anda ingin menjamu selera di Kafe Master Chef ini, silalah hubungi:

Master Chef Taman Gaya,Ulu Tiram,Johor

Telefon/Fax:07-8616832

Handphone:012-7275555

Akhir kata, terima kasih Boss…tahun depan buat lagi…Gong Xi Fa Chai…

(1293)

About The Author

6 thoughts on “Lunch Gathering Sebelum Tahun Baru Cina 2012 @ Master Chef,Taman Gaya

Leave a Reply to muhamad yusri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *