Tag Archives: google

Perlu Ke Ambil Tahu Tentang Google Plus One?

google plus one

OK. Artikel kali ni ringkas je. Malas nak cerita panjang-panjang. Korang bukannya baca pun kalau aku tulis panjang-panjang.

Ramai yang sudah tahu, google sudah lama ada Google Plus One. Jika nak dibandingkan dengan sesuatu ia sudah semestinya facebook like. Jika korang suka sesuatu blog atau website itu, korang bolehlah klik pada google plus one itu tadi. Ianya diumpamakan korang LIKE page itu.

Jika korang mengejar ranking di google search, kod mudah ini seharusnya ada pada blog korang. Ia juga bolehlah dianggapkan sebagai undian backlink untuk menaikkan pagerank dan SERP korang. Korang boleh mendapatkan code google plus one di link ini:

Google Plus One Button

Jadi. Setelah korang dah tahu ni, Perlu Ke Ambil Tahu Tentang Google Plus One?

Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.Ha ha ha.

(448)

Fan Page Facebook Sudah Ada

Salam Semua,

Sudah sekian lama perkara ini tertangguh dan akhirnya terbuat juga fan page Facebook untuk MY dot com ini. Bukannya susah sangat nak setup bendalah ini, beberapa minit saja sudah siap. Aku je yang saje-saje buat susah.

Penting sangat ke fan page kat Facebook untuk sesuatu blog? Pada aku penting lah jugak jika kita hendak mempromosikan blog kita pada orang lain. Kalau tidak tak siapa pun tahu akan kewujudan blog kita di alam siber ini. Lebih-lebih lagi blog picisan macam MY dot com ni. Lainlah kalau blog-blog otai macam Denai Hati ke, Titan ke dan Kak Jie (Banyak lagi blog-blog yang top tapi cukuplah 3 blog ni saja yang aku sebut kat sini). Traffic blog diorang memang kencang dan sayup tinggi dia punya statistik. Continue reading

(1090)