Tag Archives: MY dot com

Free Backlinks di muhamadyusri dot com

Salam Semua,

Jika kalian perasanlah, ada pertambahan menu kat bawah header blog ini. Hari ini aku create satu lagi page kat MY dot com dengan tajuk Free Backlinks. Kenapa aku bagi tajuk Free Backlinks? Kenapa tak letak Free gift ke? Free of Charge ke? Atau pun Hand Free ke? Lagi menarik bunyinya, betul tak? :-).

Free Backlinks sebab aku tak kenakan sebarang bayaran walau sesen atau seriyal pun pada semua tuan punya blog ataupun web site yang aku senaraikan pada page ini. Murah hati betul kan aku ni? 🙂 :-). Dah lama jugak aku mengidam nak buat bendalah ni, tapi dek kesibukan yang melanda diri ku di saltmine, terpaksalah aku tangguhkan buat sementara waktu sehinggalah ke hari ini. Aku telah berjaya membuatnya selepas berhempas-pulas beberapa jam di depan komputer peribadiku ini. Continue reading

(4631)

Fan Page Facebook Sudah Ada

Salam Semua,

Sudah sekian lama perkara ini tertangguh dan akhirnya terbuat juga fan page Facebook untuk MY dot com ini. Bukannya susah sangat nak setup bendalah ini, beberapa minit saja sudah siap. Aku je yang saje-saje buat susah.

Penting sangat ke fan page kat Facebook untuk sesuatu blog? Pada aku penting lah jugak jika kita hendak mempromosikan blog kita pada orang lain. Kalau tidak tak siapa pun tahu akan kewujudan blog kita di alam siber ini. Lebih-lebih lagi blog picisan macam MY dot com ni. Lainlah kalau blog-blog otai macam Denai Hati ke, Titan ke dan Kak Jie (Banyak lagi blog-blog yang top tapi cukuplah 3 blog ni saja yang aku sebut kat sini). Traffic blog diorang memang kencang dan sayup tinggi dia punya statistik. Continue reading

(1099)