Author Archives: muhamad yusri

Selamat Hari Lahir dan RAE 2012 Siri 2

34 tahun

Salam semua,

Hari ini genap umurku 34 tahun. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya aku masih lagi dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik. Apa agaknya yang istimewa pada hari ulang tahun kelahiranku tahun ini? Tiada apa-apa yang istimewa rasanya. Cuma aku telah mengambil cuti sempena hari ulang tahun kelahiran aku ini. Kenapa? Nak celebrate dengan family ke? Huhu…

Takdalah, aku ambil cuti kerana hari ini aku telah ke Melaka untuk menduduki peperiksaan Radio Amatur (RAE). Peperiksaan ini telah di adakan di MITC, Ayer Keroh, Melaka. Aku pergi satu family sambil-sambil bawak XYL dan harmonics jalan-jalan.

Continue reading

(2711)

Aku, Basikal dan Daun Kapal Terbang

Fikiran ku buntu dek ketandusan mencari idea, entri apakah yang hendak dikongsikan di MY dot com pada hari ini? Kekadang ilham untuk menulis blog ini datangnya secara spontan. Ianya memang tidak boleh dipaksa-paksa sangat. Jika tidak memang boleh migraine kepala otak ni. Jadi andai kata idea atau pun ilham itu tiba-tiba datang, cepat-cepatlah buat catatan atau pun rekod pada mana-mana buku nota atau pun diari. Malah sekarang ni semuanya serba canggih. Ada smartphone, tablet, PDA dan seangkatan dengannya memudahkan untuk buat catatan. Jika berkesempatan untuk terus menaip di blog lagi bagus. Boleh terus publish entri itu. Tak pun paling tidak boleh simpan dulu sebagai draft untuk entri blog. Continue reading

(4609)

Retro Sabtu : Kasih Yang Tak Pasti – Panji

Sejunjung langit, sehamparan bumi,
Salam se ante flora fauna, anugerah yang difitrahkan,
Senang dan susah warna naluri, bertatah panji sejati.

Kata-kata di atas adalah kata aluan yang telah ku petik dari dalam album pertama kumpulan Panji yang bertajuk ‘Senang’. Album yang diterbitkan oleh Azam Dungun pada tahun 1993 ini begitu popular sekali dengan lagu-lagu seperti Kasih Yang Tak Pasti, Maizo dan Semilir. Continue reading

(4322)