Author Archives: muhamad yusri

Selamat Hari Lahir ke-5 Tahun Puteri Kembarku

Pada tarikh dan hari yang sama 5 tahun lepas, XYL ku telah selamat melahirkan 2 orang cahaya mata kami. Kami telah memberikan nama kepada puteri kembar kami itu dengan nama Nur Dhia Danisha (kakak) dan Nur Adini Darwisya (adik). Perbezaan masa hanyalah 6 minit di antara kakak dan adik. Syukur Alhamdulillah, syukur kerana semuanya selamat walaupun kelahiran puteri kembar kami ini adalah di luar jangkaan kami.

Pada hari ini telah genap 5 tahun usia kedua-dua puteri kembar kami. Seronok sekali kerana dapat melihat keduanya membesar di depan mata kami sendiri. Pelbagai pengalaman telah kami perolehi sejak dari mula kelahiran sehinggalah ke hari ini. Pengalaman yang sungguh berharga yang mana tidak semua ibu bapa dapat memilikinya.

Continue reading

(3285)

Istidraj Di dalam Kehidupan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin.Syukur pada Allah Tuhan yang sebenar bagi semua makhluk yang ada di atas muka bumi ini dan juga di angkasaraya. Manusia, jin, binatang, tumbuh-tumbuhan, pokok, gunung, sungai dan sebagainya, termasuklah Malaikat. Semuanya dicipta oleh Allah ‘azzawajalla dengan tujuan semata-mata untuk menghambakan diri kapada Allah. Diberi nyawa, rezeki, pasangan laki-laki dengan perempuan serta jantan dengan betina.

Oleh itu sudah sepatutnyalah makhluk-makhluk ini wajib mengucap syukur dan berterima kasih kepada Penciptanya. Sentiasa mengingatiNya, menurut serta patuh ke atas segala perintahNya dan tidak melakukan apa-apa perkara yang dilarangNya. Umpamanya mulut kita sentiasa berzikir, bertahmid dan bertahalil memujiNya. Continue reading

(2797)

Keputusan Peperiksaan Radio Amatur RAE 2012-2

Pagi tadi lebih kurang pukul 8.30 am aku terima SMS dari rakan saltmine yang bekerja shift malam, memberitahuku yang keputusan RAE 2012 siri ke-2 telah pun dikeluarkan. Dia bertanyakan tentang keputusan peperiksaan aku. Aku beritahu kepadanya yang aku belum check lagi. Terkejut juga aku bercampur berdebar-debar apabila diberitahu result RAE 2012-2 sudah boleh disemak di portal SKMM.

Keputusan RAE 2012-2

Continue reading

(2011)

Terima Kasih Sekali Lagi Buat Pondok Kecil

Kaching!!Duit dah masuk ke dalam akaun maybank aku. Siapa sangka dengan hanya meluangkan sedikit masa melayari blog Pondok Kecil, dapat duit dengan percuma. Betul ke ni? Tentu kalian tidak percaya dengan kata-kata aku ini kan? Kalau kalian tak percaya tak mengapa (macam lagu kumpulan Arrow je…huhu). Cuba tengok kat bawah ni, apa yang kalian nampak? Continue reading

(1539)