Author Archives: muhamad yusri

Banner Raya

Kepulanganku disambut dengan senyuman Tok Guru

Salam Semua,

Entri ni ringkas sahaja kerana masih kekenyangan makan tengahari pada hari pertama naik kerja selepas 1 minggu bercuti Hari Raya. Aku cuma nak share gambar-gambar banner (kain rentang) Hari Raya yang sempat aku snap ketika balik beraya di kampung minggu lepas.

Bukan apa, apabila aku lihat dan baca ayat-ayat pada banner tu aku rasa amat terharu kerana kepulangan anak perantau seperti aku ni juga amat alu-alukan/dinanti-nantikan serta disambut walaupun tidak dibentangkan red carpet atau dengan paluan kompang. Continue reading

(1149)

Berbuka Puasa Dengan Bubur Lambuk Terengganu

 

Bubur Lambuk Terengganu

Salam semua,

Apa agaknya juadah berbuka puasa hari ini ye? Macam-macam jenis makanan pasti berligar-ligar di kotak fikiran untuk dinikmati ketika berbuka puasa. Pada bulan Ramadhan apa jua jenis makanan yang dijual pasti akan mendapat sambutan. Maklumlah nafsu makan meningkat berkali ganda jika dibandingkan dengan bulan-bulan biasa. Makanan dan minuman jika dilihat di pasar Ramadhan (param) pelbagai jenis ada. Semuanya nampak sedap belaka. Bak kata orang, “Batu-bata jika dicolor-colorkan sedap juga yer” 🙂 . Begitulah nikmatnya pada Bulan Puasa ni.

Aku tak nak buat intro panjang-panjang. Nantikan ada pulak yang rasa boring. Yer lah, bilalah agaknya nak cerita pasal tajuk entri nih. Duk cerita pasal makanan kat param memang tak kan habis. Continue reading

(2371)

Uniknya Duit Syiling 50 Sen Terbelah

Antara koleksi duit syiling 50 sen aku

Entah kenapa ya aku sendiri pun tak pasti kenapa aku masih menyimpan duit syiling 50 sen terbelah ini. Semasa aku kecil dulu, duit syiling ini biasa-biasa saja dan mudah diperolehi. Tetapi pada masa kini, jika terjumpa duit syiling ini pasti akan menjadi sesuatu yang agak pelik tetapi benar. Mana tidaknya, duit syiling sebegini sudah boleh dikategorikan sebagai unik dan memang susah sekali untuk diperolehi.

Kenapa ianya unik? Salah satu sebabnya ialah pada bahagian tepi syiling ini mempunyai ‘longkang’ dan dek kerana itulah ianya dikenali sebagai syiling 50 sen terbelah. Design seperti ini memang tidak ada pada duit syiling yang lain. Koleksi yang aku ada sekarang adalah daripada tahun 1967 dan 1968. Bayangkan usianya sudah pun mencapai 44 dan 45 tahun. Jauh lebih tua dari aku. Aku belum lahir lagi duit itu sudah ada. Continue reading

(22623)

Terima Kasih Blog Pondok Kecil

 

Salam semua,

Sepanjang 1 tahun 6 bulan usia Blog Yusri yang naif ini, belum pernah ada sesiapa pun membuat review di laman sesawang mahupun blog. Hari ini dalam sejarah, blog Pondok Kecil (PK) dengan murah hati telah membuat satu entri khas semata-mata untuk memberi pandangan,ulasan serta komen yang membina tentang Blog Yusri ni. Continue reading

(2450)