Author Archives: muhamad yusri

Lunch Tahun Baru Cina di Restoran Daiman Pekin

Tengahari tadi, saya dan rakan-rakan sekerja (Engineering department) telah bersama-sama menikmati lunch di Restoran Daiman Pekin,Johor Jaya. Lunch ini adalah bersempena Tahun Baru China yang bakal disambut tak lama lagi. Segala perbelanjaan adalah ditanggung oleh kita orang punya ‘Boss’. Itu yang bersemangat nak pergi makan tu. Sanggup tak makan pagi.He he he.

Kami bertolak dari saltmine lebih kurang pukul 11.30 am dan pada ketika itu hujan turun dengan lebat sekali.
Kami sampai di Daiman Pekin lebih kurang pukul 11.45 am.

Ini adalah senarai menu yang di order untuk lunch ini. Cuba tengok berapa jumlah RM?Itu baru untuk satu meja (lebih kurang 7 orang). Jumlah meja untuk lunch hari tu adalah 4 meja.Huhuhu…

Kami bergambar dahulu sebelum santapan tiba.

Santapan pertama: Apa nama ni?Saya tak ingat….

Gaul-gaul dan diangkat tinggi-tinggi

Santapan kedua:Sup sirip ikan yu

 

 Santapan ketiga:Ikan siakap goreng

Sebelum 'dibaham'

selepas ‘dibaham’ dengan rakusnya

Santapan keempat:Udang goreng celup tepung

 

Santapan kelima:Cendawan masak…apa ek?

 

Santapan keenam:Ayam panggang ke ni?

 

Santapan ketujuh:

Hidangan ini yang paling tak laku...kami siap tapau lagi...

 

Santapan kelapan:Pencuci mulut ~ Buah longan + kelapa laut

 

Lagi gambar-gambar di tempat kejadian:

Ini meja saya duduk
Meja belakang saya
Sempat bergambar.Meja belakang saya juga
Meja sebelah saya
Bersama dengan Armey

Apa-apa pun kita orang memang enjoy dengan lunch hari ni. Bagus untuk saya yang baru saja join company ni dan dapat kenal lebih rapat lagi rakan-rakan satu department.

Thanks a lot Boss!

(2810)

Penghijrahan Saltmine

Bermula pada 5hb January 2011 lepas,saya telah memulakan kerjaya di saltmine yang baru.
Setelah lebih kurang 5 tahun di saltmine yang lama,akhirnya saya telah mengambil keputusan untuk berhijah ke saltmine ini.

Selamat tinggal buat bidang pembuatan pencetak terutamanya pencetak Hewlett Packard (HP). Kini saya mula berkenalan dengan dunia pembuatan penyedut hampagas. Jenama yang terkemuka di dunia iaitu Dyson.

Walaupun bekerja dalam bidang pembuatan produk yang berbeza,namun konsep dan bidang kerja masih lagi sama. Namun di saltmine baru ini saya perlu banyak mempelajari perkara-perkara baru dan sedikit berbeza jika dibandingkan dengan saltmine yang dulu.

Jika dulu bikin pencetak (printer)…

Tapi kini bikin penyedut (vacuum cleaner)…

Seronok sungguh dengan produk ini…setelah hampir 10 tahun bergelumang dengan dunia pembuatan printer HP.Berbagai-bagai pengalaman telah ditimba. Di sana juga saya membina kerjaya saya,daripada jawatan pembantu kejuruteraan (Engineering Assistant) sehinggalah sampai kejawatan Jurutera Pembuatan (Manufacturing Engineer).

Semoga di saltmine baru ini saya akan memperolehi pengalaman yang lebih berguna dan juga dapat meningkatkan kemahiran kerja dalam diri saya.InsyaAllah…

(1256)

Permulaan Tahun 2011:Pendaftaran Tahun 1 Danial

Lama betul saya tidak update blog triplej ni. Ini adalah posting pertama saya untuk tahun 2011 ni. Banyak betul perkara-perkara yang perlu saya update kat sini tetapi telah ‘terbuang’ begitu saja.
Tahun 2011 saya bermula dengan pendaftaran kemasukan tahun 1 anak sulung saya Akmal Danial di Sek.Keb.Jeram Tekoh (SKJT) ,Gua Musang.
Pada asalnya saya telah mendaftarkan Danial untuk tahun 1 di Sek.Keb. Taman Bukit Tiram,Ulu Tiram,Johor, tetapi di atas sebab-sebab tertentu saya telah memohon penukaran sekolah ke SKJT.
Tiada apa-apa masalah buat Danial kerana dia memang terlalu excited untuk memasuki alam persekolahan. Dengan diiringi semangat baru,baju baru,kasut baru,beg baru dan buku baru. Senang cerita serba baru lah. Keceriaan jelas terpancar pada wajah Danial. Suasana persekolahan yang baru, ditemani rakan-rakan lama semasa di sekolah tadika dulu dan juga rakan-rakan baru yang mungkin datang dari tempat lain-lain.
Pagi itu selepas siap sesi pendaftaran, Danial ditempatkan di kelas sementara 1 Bijak. Baru-baru ini saya ada telefon Danial dan dia beritahu yang dia dah pun ditempatkan di dalam kelas 1 Bestari untuk kelas tetapnya. 
Macam biasalah,Danial seorang yang agak pendiam cuma duduk di tempatnya tanpa berkata apa. Kemudian saya pergi ambil buku teks dan pergi beli buku tulis di koperasi sekolah.
Belum sampai tengahari cikgu telah memberi kebenaran untuk pulang ke rumah. Hari pertama di sekolah hanyalah untuk sesi pendaftaran dan pengambilan buku teks serta membeli buku tulis. Pembelajaran di dalam kelas belum lagi bermula.
Semasa pulang sempat lagi Danial berposting di depan pintu masuk sekolah. 

(823)

Khasiat Pokok Susu Kambing

Hari ini saya mendapat satu info tentang khasiat sejenis tumbuhan herba yang dikenali sebagai pokok Susu Kambing. Kebetulan semasa hendak keluar makan tengahari, terserempak dengan pakcik tukang kebun tengah mencabut sejenis pokok kat tempat saya parking kereta.
Oleh kerana ingin tahu, saya bertanyalah dengan dia apa nama pokok yang dia cabut tu dan untuk buat apa?
Katanya nama pokok ni ‘Susu Kambing’.Pertama kali saya dengar nama pokok ini. Sebelum ni memang pernah tengok pokok ni sebab ianya tunbuh seperti rumput-rumput dan pokok-pokok herba yang lain.Tapi tak tahu pulak pokok ni ada kegunaanya.MasyaAllah…
Pakcik tu bagi tahu saya, khasiat pokok ni adalah boleh melegakan lenguh-lenguh sendi dan sakit urat dalam badan.
Cara penyediaannya:
Pokok Susu Kambing yang dah dicabut itu dijemur dahulu sehingga kering sebab batang pokok tu mempunyai getah yang berwarna putih.
Seterusnya rebus pokok tu. 
Kemudian air rebusan tu diminum.
Oleh kerana masa yang terhad, saya tak sempat nak berborak panjang dengan pakcik tu. InsyaAllah,jika berkesempatan saya akan berbual lagi dengan dia untuk mendapatkan lagi info tentang pokok susu kambing ni. Nanti saya akan update lagi info ini di dalam post seterusnya.

(8371)

Piala Suzuki AFF: Malaysia Raja Asia Tenggara

Sumber foto:Metro

Jakarta,29 Disember 2010:Malam tadi telah menjadi satu sejarah buat Malaysia dalam arena bola sepak setelah menjuarai Piala Suzuki AFF edisi kelapan buat julung kalinya.Malaysia Berjaya menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2. Di dalam perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Malaysia menundukkan Indonesia 3-0. Walaupun tewas 2-1 dalam perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, gelaran ‘Juara’ tetap menjadi milik Malaysia. Biarpun dihujani bermacam-macam tohmahan dan kritikan dari pelbagai pihak,namun pemain Malaysia tetap utuh membawa nama Malaysia ke persada Asia Tenggara.

Kebangkitan dan kemenangan Malaysia di dalam Piala Suzuki AFF ini telah mencetus satu fenomena baru di dalam bidang sukan di Malaysia khususnya sukan bola sebak. Semoga kemenangan ini akan menjadi revolusi buat arena bola sepak di tanahair.

Semangat kesukanan demi Negara harus dipasak ke dalam setiap pemain agar kecemerlangan seperti ini dapat dikekalkan dan diteruskan di dalam setiap perlawanan tidak kira apa jua kejohanan.

Akhir kata, sejuta tahniah buat pemain-pemain bola sepak negara,jurulatih dan mereka yang terlibat di dalam kejohanan ini sehingga Berjaya mengharumkan nama Negara di rantau ini.

Malaysia…you are standing in the eyes of the world!

(392)