Author Archives: muhamad yusri

Bunga Raya a.k.a Hibiscus Bukan Sekadar Bunga

Bunga Raya yang sedang kembang mekar tanpa wangi

Hari ini terlintas di kepala untuk menyentuh serba-sedikit tentang Bunga Raya. Apakah keistimewaan bunga raya ini? Aku pasti semua orang sedia maklum yang bunga raya adalah bunga kebangsaan negara kita Malaysia. Kenapa agaknya tidak dipilih bunga-bunga yang lain sebagai bunga kebangsaan? Sedangkan banyak lagi bunga yang lebih cantik dan berbau harum seperti bunga mawar, bunga melur, bunga kenanga dan sebagainya. Bunga raya langsung tidak mempunyai bau. Bunga tahi ayam pun ada bau :-).

Pada pengamatan aku, bunga raya bukanlah bunga yang popular pun. Sememangnya langsung tak tersenarai di dalam nama-nama jambangan bunga untuk dihadiahkan kepada awek ataupun isteri. Halaman rumah aku pun tidak ditanam pokok bunga raya ini. Nasib baik jiran di depan rumah aku yang berketurunan India ada menanam pokok bunga raya. Bolehlah aku tumpang ambil gambar bunga raya untuk aku masukkan dalam entri ini. Continue reading

(4401)

Akhirnya Terbuat Juga Sitemap untuk Blog

Saban hari setiap kali aku login ke MY dot com ni terasa seperti ada kekurangan saja pada blog ini. Sememangnya aku tahu dan teramatlah menyedarinya dari dulu lagi yang MY dot com belum mempunyai sitemap.Bukan tidak mahu buat dan tidak tahu buat tetapi belum hendak buat.

Semalam bersempena cuti Hari Malaysia aku telah mengadakan jamuan raya
yang kali ke 2 untuk raya tahun ini. Jamuan ini adalah untuk rakan-rakan aku dan XYL aku yang mana tidak berkesempatan untuk datang beraya ke teratak aku pada minggu lepas. Continue reading

(1188)