(1253)
Author Archives: muhamad yusri
Resepi BBQ Ayam-Terbaik dari ladang
Resepi untuk menyediakan ramuan BBQ Ayam adalah seperti di bawah:
Bahan-bahannya adalah:
1.Bawang putih
2.Bawang merah
3.Bawang besar
4.Halia
5.Serai
6.Sos tiram
7.Madu
8.Jintan manis
9.Jintan putih
10.Kunyit
11.Garam
12.Perasa makanan (ajinomoto)
13.Ayam (potong mengikut saiz yang bersesuaian)
Cara-cara penyediaannya:
1)Masukkan kesemua bahan-bahan (#1 ~ #5) ke dalam blender dan kisarkannya sehingga semuanya hancur.
2)Tuangkan bahan yang sudah dikisar tadi ke dalam bekas yang sudah terisi ketulan ayam yang sudah dipotong.
3)Masukkan pula kesemua bahan-bahan (#6 ~ #12) ke dalam bekas tadi dan gaulkan sehingga semuanya sebati.
4)Perapkan ayam tadi selama beberapa jam (paling kurang 4 jam).Lagi lama perap lagi sedap.
5)Lepas tu, bolehlah bakar ayam-ayam tadi kemudian makan bersama-sama kengkawan,teteman,aweks-aweks,bekas tunang dan ahli keluarga.
Selamat mencuba!
(1395)
Jalan-jalan Batu Layar
Cuti Tahun Baru Cina.Apa perancangan anda sempena hari cuti ini ya? Tidak kiralah anda bujang atau sudah berkeluarga.Jika orang bujang mungkin ada perancangan untuk beraktiviti bersama rakan-rakan,teman istimewa,tunang ataupun mungkin jua lebih selesa bergerak secara solo.
Manakala bagi mereka yang sudah berkeluarga pasti tidak akan melepaskan peluang begini untuk bersama-sama isteri serta anak-anak samada pergi bercuti, membeli-belah ataupun melakukan sebarang aktiviti riadah yang boleh mengeratkan lagi ikatan kasih sayang kekeluargaan.Tidak kurang juga mengambil keputusan untuk bersantai di rumah sahaja mungkin kerana malas untuk menempuh kesesakan jalan raya semestinya serta hiruk-pikuk di tempat-tempat awam. Continue reading
(2434)
Spoiler Honda Civic EK Mugen
Jika anda penggemar atau pun pengikut setia kepada kereta berjenama Honda, model Civic pasti menjadi sebutan dek kerana generasinya sehingga kini sudah sampai ke peringkat yang ke-8.
Tetapi, apa yang ingin saya kongsikan di dalam entri kali ini adalah spoiler Civic EK jenis Mugen Type SS. Spoiler ini sememangnya menjadi kegilaan kepada para penggemar Civic EK Mugen. Jika ingin memiliki spoiler yang original (JDM), kedai halfcut (potong body) merupakan salah satu sumbernya. Ataupun dari pemilik Honda Civic EK Mugen itu sendiri jika ada yang ingin menjualnya. Continue reading
(1877)
Front Grill Nissan Sylphy
Nissan merupakan salah satu pengeluar kereta terbesar di dunia. Banyak model yang telah dikeluarkan oleh Nissan dan dipasarkan di Malaysia.
Di antara kereta keluaran Nissan dalam kategori sedan yang begitu popular kini adalah Sylphy. Model ini mempunyai 2 jenis pilihan dari segi kapasiti enjin iaitu 1.5 cc dan 2.0 cc.
Entri saya kali ini sebenarnya bukan hendak mengupas secara terperinci tentang kereta model Sylphy tetapi adalah untuk berkongsi tentang salah satu bahagian pada kereta ini iaitu Front Grill. Continue reading
(1561)




