Bukan Susah Nak Tambah Pahala

Ya.

Kalau bab solat ni ramai antara kita yang liat nak menunaikannya kan?

Bukan nak duduk sampai 2 hingga 3 jam pun kita solat.

Bukan nak tunggu mandi dulu baru boleh solat (jika tidak dalam keadaan hadas laa).

Bukan nak kena pakai baju lawa-lawa pun.

Bubuh minyak wangi pun bukan wajib.

Nak kena pergi ke surau atau masjid ke baru kita nak solat?

5 minit satu waktu tu sudah cukup kalau solat sorang diri.Kalau nak pahala lebih,kenalah solat berjemaah.Selepas solat subuh tu,sambil-sambil pergi kerja tu,ajaklah bibir kita berwirid memuji Allah.“Subhanallah…istighfar ke…tahlil ke…”

solat jemaah

Solat berjemaah di masjid Gambar Ihsan Google Images

Balik kerja petang,mandi cepat-cepat dan pergilah ke masjid atau surau bagi yang laki-lakilah.Berjemaah solat Maghrib.Jika tak ada kuliah Maghrib,tunggu dulu dan jangan balik lagi.Baca-baca lah al-Quran sampailah masuk waktu Isyak.Solat jemaah lagi.Dah habis balik lah.Kalau ada kuliah, bukalah telinga kita untuk dengar kuliah. Continue reading

(1432)

Malaskah aku?

Tiba-tiba aku bertanya pada diri-sendiri.Malaskah aku?Kenapa aku menjadi pemalas?Susah ke nak buang sifat malas?Kenapa malas-malas?Cuba jangan jadi seorang yang pemalas!

Ahhh!Malaslah aku nak sebut lagi pasal malas ni.Memang dasar pemalas.Ha ha ha.

Aku bukanlah seorang yang pemalas seperti yang korang fikirkan.Akulah orang paling rajin sekali.Terlalu banyak kalau nak ceritakan pasal kerajinan aku.Biarlah aku pendamkan dulu.Tak payah lah korang tahu.Takut nanti ada pulak yang tak percaya bahawa aku ni lebih rajin daripada korang dan jiran sebelah rumah korang.Tak pasal-pasal korang jeles.

Malas update blog

Continue reading

(1020)

Kita Tak Banyak Pahala,Janganlah Buat Dosa Pula.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua pengunjung setia blog muhamadyusri.com yang dikasihi sekelian…(he he ada ke?)

Kita Tak Banyak Pahala,Janganlah Buat Dosa Pula.

Pasti ramai yang berkata di dalam hati, “macam biasa dengar je ungkapan ini. Tapi di mana ye?”  Ya betul tu. Ungkapan ini selalu kita dengar di corong radio yang mana diucapkan oleh Ustaz Mohd Kazim Elias.

Alhamdulillahirabbil ‘alamin.Thanks to Allah yang telah menghidupkan kita lagi hingga pagi Jumaat yang mulia ini.Dapat juga kita solat,makan dan minum roti canai serta teh tarik yang harganya dah naik 50 sen.Alhamdulillah selawat dan salam kepada Nabi besar kita Muhammad Sollahu ‘alaihiwasallam.Semoga hari ni Allah memberi rahmat dan berkat ke atas semua pekerjaan kita.Amin amin ya robbal ‘alaminn.

mencari pahala

Sumber google image: Carilah pahala sebanyaknya.

Continue reading

(1009)

Pendapatan Pertama Dari Nuffnang

Ha ha.

Siapa kata tak boleh buat duit dengan blog? Tengok cek aku dapat ni. Walaupun bukan 4 angka tapi bolehlah daripada tak dapat langsung. Korang ingat senang ke nak dapat RM1 dari orang yang tidak kita kenali selain dari Hari Raya. Ini kan pula dengan hanya berbekalkan sebuah blog.

cek pertama nuffnang

Cek pertama dari Nuffnang

Continue reading

(992)

Komisyen Kedua BahasaInggeris.com

Ya.

Syukur Alhamdulillah. Dalam pada kurang buat promosi dan artikel tentang e-book BahasaInggeris.com, tersangkut juga satu lagi komisyen daripada program affiliate ini. Terima kasih bebanyak kepada hamba Allah yang sudi membeli e-book cara belajar Bahasa Inggeris dengan pantas melalui pautan yang aku kongsikan.

Komisyen Kedua BahasaInggeris.com

Seronokkan kalau boleh dapat komisyen macam ni tiap-tiap hari? Hahaha…Memang boleh. Sesiapa pun boleh dengan syarat mesti buat sungguh-sungguh dan secara berterusan. Tiada alasan kalau nak berjaya kan? Mesti kerja kuat dan buang sifat malas jauh-jauh.

Komisyen kedua bahasainggeris.com

Continue reading

(697)